Program realiti Akademi Nasyid yang diperkenalkan TV9 dilihat mampu melahirkan satu kelompok penggiat irama nasyid global atau universal. Secara tidak langsung melalui program ini, irama nasyid tanah air akan berkembang dan mampu bersaing seperti mana irama pop, balada, R&B, rock, jazz dan hip hop.

uji bakat berakhir 8 Jun

Program yang memaparkan kelainan daripada program realiti sedia ada bersesuaian dengan imej TV9 sebagai stesen televisyen yang menjurus kepada program berunsur Islam serta menerapkan nilai murni kepada penonton.

Selama ini, banyak stesen mencari bakat hiburan bagi penyanyi yang boleh membawa lagu berbentuk pop rock, balada, etnik kreatif dan hip hop. Kami berusaha ingin memberi ruang yang lebih luas kepada genre nasyid di mana nasyid juga adalah sesuatu yang universal.

Akademi Nasyid akan menampakkan bahawa sesebuah nasyid itu bukan terbelenggu dengan muzik lama dan sempit, tetapi Akademi Nasyid akan memaparkan kepelbagaiannya dari kontemporari ke puisi acapella dan sebagainya.

Apa yang penting dan diutamakan juga ialah mesej melalui lirik yang baik, kreatif, segar, menginsafkan dan memberi peringatan serta pengajaran.

Pihak TV9 yakin rancangan realiti Akademi Nasyid ini pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana rancangan itu dapat melahirkan ramai lagi bakat baru dalam muzik nasyid kontemporari yang berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, sekali gus dengan adanya rancangan itu ia dapat mempopularkan lagi muzik nasyid di negara ini.

TV9 kini membuka penyertaan kepada penggemar irama ini untuk tampil menunjukkan bakat mereka pada sesi uji bakat yang bakal diadakan di enam lokasi.

Pihak TV9 percaya ramai anak-anak muda yang berbakat sama ada perseorangan atau kumpulan di luar sana menanti peluang ini dan menyeru mereka tampil untuk menunjukkan bakat mereka dalam Akademi Nasyid.

Penyertaan dibuka kepada semua yang berminat sama ada secara solo mahupun berkumpulan yang tidak melebihi lima orang setiap kumpulan dan menepati syarat penyertaan seperti berikut, warga negara Malaysia yang berumur 18 sehingga tidak melebihi 35 tahun.

Penyertaan secara berkumpulan mestilah kumpulan jantina yang sama. Kumpulan lelaki atau kumpulan perempuan dan peserta mestilah bertaraf amatur serta tidak pernah menandatangani kontrak rakaman album dengan mana-mana syarikat rakaman.

Bagi kemudahan peserta disediakan tujuh lagu yang boleh dipilih oleh peserta semasa sesi uji bakat seperti Intifada (Rabbani), Permata (Kopratasa), Al-Iktiraf (Raihan), Permaidani (Aris Ariwatan), Doa (Rahimah Rahim), Sesungguhnya (Raihan) dan Berita Kepada Kawan (Akil Hayy).

Peserta akan melalui tiga peringkat uji bakat sebelum layak menyertai Akademi Nasyid yang bakal disiarkan stesen ini bermula 1 Jun dan berakhir 30 Ogos sebanyak 11 episod.

Pada masa yang sama, pihak TV9 juga akan mengadakan roadshow sehari sebelum sesi uji bakat yang diadakan di setiap lokasi yang ditujui.

Info Roadshow Akademi Nasyid
  • 2 Mei 2008 - (Pasar Payang/Mydin/IPTA), Kuala Terengganu
  • 10 Mei 2008 - (Plaza Angsana/Batu Pahat), Johor.
  • 17 Mei 2008 - (Kompleks PKNS, UiTM, UKM, UIA), Shah Alam.
  • 24 Mei 2008 - Kuantan, Pahang.
  • 30 Mei 2008 - Alor Setar/Batu Kawan
  • 7 Jun 2008 - Muar/Alor Gajah, Melaka.
Sesi Uji Bakat Akademi Nasyid
  • 3 Mei 2008 - Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
  • 11 Mei 2008 - Selesa Hotel, Johor Bharu
  • 18 Mei 2008 - Sri Pentas, Bandar Utama
  • 25 Mei 2008 - Vistana Hotel, Kuantan
  • 31 Mei 2008 - Club Cinta Sayang, Sg.Petani, Kedah.
  • 8 Jun 2008 - Mahkota Hotel, Melaka.
Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 5.5.08

9 comments

  1. assalamualaikum
    di sini saya ingin mengucapkan tahniah kerana dapat menampilkan akademi nasyid yang julung-julung kali diadakan. semoga kita sama-sama dapat meluaskan dakwah di seluruh negara. i.Allah.tahniah!!!

    ktiam
    fetty

     
  2. Azhad Says:
  3. fetty deswita,
    waalaikumsalam... semoga Akademi Nasyid ini dapat membantu menyebarkan syiar Islam

     
  4. Anonymous Says:
  5. salam
    saya dengar lagu untuk sesi ujibakat telah ditukar betol ke????

     
  6. Azhad Says:
  7. salam... betul. Senarai lagu baru boleh dilihat di Akademi Nasyid.

     
  8. Anonymous Says:
  9. saya baru menyaksikan AN 21hb yang disiarkan di tv9. ternyata AN sama dengan mana2 siaran realiti tv. yang layak tidak diambil. bukan nk mengata tp kenyataan, sy x tau nama budak ni tp yg bermain gitar sambil nyanyi. dia dpt. pelik la. sy pun musician. kalau setakat main gitar pas 2 nyanyi tp x leh belah baik jgn amik. ade gak budak yang x terpilih tapi bagus. bukan ape sayang bakat2 mcm 2. mintak pihak AN fikir2kan la

     
  10. Azhad Says:
  11. Mungkin ini strategi AN untuk pelbagai latarbelakang peserta dan tidak bergantung pada bakat @ kebolehan semata-mata.

     
  12. Unknown Says:
  13. Stay updated you did the best insight for the viewers. foundation repair contractors

     
  14. Joana Says:
  15. Thanks for the update! Do you have a blog about home remodeling or any relevant to home interior designs? Please let me know.

     
  16. Angel17 Says:
  17. This is a nice blog. Than you for always posting. Floor to Ceiling Kitchen Remodel

     

Post a Comment

Subscribe here