Pada 20 Jun yang baru lepas umur ibuku telah mencecah 70 tahun. Kami adik beradik telah bersepakat untuk mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran ibu kami dan majlis tersebut telah pun selamat berlangsung pada hari Sabtu lalu. Jemputan adalah terdiri daripada jiran-jiran terdekat dan saudara-mara kami. Sungguh puas melihat ibuku sungguh gembira pada hari tersebut. Kami bertuah mempunyai seorang ibu yang sungguh istimewa.
Ibuku adalah bekas kakitangan kerajaan dan telah bekerja sebagai jururawat. Semasa ibuku masih bekerja beliau pernah menyambut kelahiran beberapa orang sepupuku. Sekarang ini ibuku hanya duduk di rumah memerhatikan cucu-cucunya membesar.
Majlis pada hari itu telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Abang Remy anak saudara ibuku sendiri. Selepas itu ibuku telah dijemput untuk memotong pulut kuning yang berbentuk nombor tujuh puluh. Di antara hidangan pada hari tersebut adalah pulut kuning dengan rendang, ayam dan udang bakar, tauhu dan sosej bakar, kerang bakar, nasi goreng cina, sup daging, beberapa kuih muih dan buah-buahan.
Apa yang menyeronokkan pada malam tersebut apabila beberapa orang sepupu dan anak buahku sama-sama membakar dan memanggang ayam, udang, kerang, tauhu dan sosej. Suasana pada malam tersebut boleh dilihat melalui koleksi gambar-gambar yang telah diambil.
Sebenarnya majlis sebegini memberi peluang kepada semua orang berjumpa dan beramah mesra dengan sanak-saudara. Maklumlah kehidupan di ibukota menjerat kita dengan berbagai kesibukan dan aktiviti setiap hari. Malah ada suasana di beberapa kampung yang sudah hampir sama dengan kesibukan di kota. Mungkin inilah yang terpaksa dibayar untuk pembangunan.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan sama-sama memeriah sambutan ulangtahun kelahiran ibuku yang ke 70.
Technorati Tags: azhad, ibu, ulangtahun, kelahiran
I wish you had a translation feature on your site. As best and I can tell someone had a 70th birthday party, or some event was celebrating their 70th year.
Odd that the comment box and directions are in English.
mo,
Thank you for your comment. I'll looking into incorporated the feature.
Seram….Kulat Didalam Susu pekat….check it out http://consumersrighteousness.blogspot.com boycott F&N
Wonderful blog. Thank you for sharing. https://advanceappliance.ca/stove-oven-repair/