Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akan diumumkan pada hari Khamis ini 13 November 2008. UPSR merupakan peperiksaan terakhir semasa di sekolah rendah. Pada tahun hadapan para pelajar ini akan melangkah sekolah menengah dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semasa di tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semasa di tingkatan 5.
Bagi tahun ini seramai 442,936 calon akan menduduki peperiksaan bertulis SPM 2008 di 3,930 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini 11 November sehingga 5 Disember 2008. Daripada jumlah itu, 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 atau 3.6 peratus calon tajaan badan-badan tertentu, 10,331 atau 2.3 peratus calon sekolah swasta serta 28,507 atau 6.5 peratus calon persendirian.
Kementerian Pelajaran juga akan melaksanakan Ops Payung di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Johor yang dijangka dilanda banjir pada musim tengkujuh bagi memastikan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lancar.
Langkah pertama ialah dengan memindahkan bilik peperiksaan ke tingkat lebih tinggi sekiranya bilik sedia ada ditenggelami air. Ini tidak menjadi masalah kerana hampir semua sekolah di negara ini adalah dari jenis bangunan bertingkat.
Langkah berikutnya sekiranya keadaan bertambah teruk yang mana hampir semua kawasan sekolah ditenggelami, pusat peperiksaan sekolah itu akan ditutup dan dipindahkan ke pusat peperiksaan di sekolah berhampiran yang lebih selamat.
Di samping itu asrama akan disediakan di sekolah kepada calon SPM yang kediamannya dilanda banjir supaya mereka tidak ketinggalan atau lewat tiba ke pusat peperiksaan.
Maklumat lanjut tentang tarikh, masa dan matapelajaran yang diperiksa boleh didapati di Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2008.
Technorati Tags: peperiksaan, pelajar, sijil pelajaran malaysia, sekolah, banjir
exam exam...
Great. Thank you so much for sharing this. brick masonry near me