Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

1 Yahudi 100 Islam

Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

Artikel ini ditulis oleh Dr. Farrukh Saleem, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan. Artikel asal beliau ditulis dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca di Why Are Jews So Powerful?

Bacaan tambahan:
Mengenal Siapa Yahudi
Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Technorati Tags: , , , , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 13.1.09

20 comments

  1. choc_vanilla Says:
  2. assalamualaikum...azhad
    sy br tau selebriti, tokoh-tokoh terkenal itu adlh drpd kaum yahudi..tidak kusangka. awk mngatakan yahudi amat berkuasa disebabkan pendidikan..bg saya sepatutnya muslimin dam muslimat diberi peluang untuk belajar kerana ada yang ingin belajar tidak dapat belajar dan ada yg diberi peluang belajar tidak mahu belajar. ku berharap Islam dapat bersinar gemilang seperti dulu semasa wujudnya ramai ilmuwan2 Islam...

     
  3. Anonymous Says:
  4. Salam... hari ini sememangnya yahudi nampak berkuasa.. semuanya hasil usaha mereka samada dgn jln baik atau sebaliknya. Tetapi kedudukan mereka sekarang kerana mereka tidak berhenti belajar dan mengkaji. Sehinggakan Al-Quran pun sebahagian dari bahan kajian mereka. Oleh itu kelemahan umat Islam pada ketika ini telah mereka kenalpasti dan mereka menggunakan segala sumber yg ada bagi membinasakan umat Islam dengan sedar atau tidak kita sedar. Oleh itu kita sebagai muslim sepatutnya sentiasa belajar dan mengkaji bukan sekadar berpuashati dengan sejarah yg mengatakan umat Islam dahulu genius. Itu hanya sejarah kita tidak boleh lagi menggunakan senjata utk menghadapi mereka tetapi perlu menggunakan akal sebagaimana Nabi Muhammad SAW berhadapan dgn org2 kafir sewaktu perjanjian hudaibiyah....

     
  5. Unknown Says:
  6. Salam...umum telah mengetahui bahawa yahudi sememangnya maju dalam segala bidang baik dari segi hiburan dan pendidikan, universiti harvard juga dikuasai oleh mereka. kita juga harus belajar dari mereka walaupun mereka merupakan musuh islam. kita boleh melihat bagaimana jepun 1 ketika dulu menghantar rakyatnya ke eropah untuk mempelajari bidang2 ketenteraan dan pada tahun 1915 jepun telah menewaskan armada russia. penindasan terhdap islam pada hari ini adalah kerane sikap org arab yg tidak bersatu dan lebih suka berperang dari mencari ilmu. seperti kata Nazz, umat islam hari ini tidak boleh berpuashati dgn sejarah. apa yg lebih penting adalah mencari ilmu utk mglengkapkan diri mghadapi yahudi yg penuh tipu muslihat....

     
  7. Anonymous Says:
  8. israel ~ evil

     
  9. Anonymous Says:
  10. Muslim lagi hebat dari yahudi cuma masalahnya,...

    Muslim tidak bersatu.

    Ibnu sina, buku digunakan beberapa abad,.. dan banyak lagi,. cuma mereka tidak xposed sebab mereka mahu hanya nama mereka yang terkenal..

     
  11. Anonymous Says:
  12. salam

    betul semua yang azhad maklumkan tu..

    saya ade artikel tentang kajian "mengapa yahudi bijak?"

    sila ke laman blog keluarga saya
    albajuri.blogspot.com

    dissiplin dalam pemakanan dan pendidikan die, menjadikan mereka bijak. dalam Alquran pun dikatakan Yahudi bangsa paling bijak, cume mereka takbur dan mungkar dgn Allah..

    yang baik kite jadikan contoh.. tak salah kan???
    untuk generasi islam yang kukuh..

     
  13. roza Says:
  14. This comment has been removed by the author.  
  15. roza Says:
  16. This comment has been removed by the author.  
  17. Unknown Says:
  18. sekarang...belum terlambat lagi para sahabat...yang besar bermula dari yang kecil, dan yang kuat bermula dari yang lemah...adakah kita sedikit(umat islam), sudah tentu tidak..!! kita sememangnya antara umat yg terbesar didunia, tetapi "size doesnt matter"...adakah kita lemah.?? anda sendiri boleh jawab...sy sendiri mengakui kelemahan diri...dan kita lemah dimana.?? adakah kita tahu akan kelemahan kita.?? mungkin kita sangat mengagung-agungkan kelebihan kita, tetapi kita lupa akan kelemahan kita...seperti yang saudara penulis blog beritahu, pendidikan, ilmu, kemahiran, etc...disitulah kelemahan kita yang paling besar...kelemahan terbesar, dan juga merupakan seruan yang pertama oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w...sekarang, kita sudah sedar akan kelemahan ini, tetapi kita sedang berdalih, sedang menunggu untuk memperbaiki kelemahan ini...kenapa kita berdalih.??? maka, di sinilah kekuatan Yahudi...mereka melalaikan kita dengan pelbagai cara...menjadikan kita bertambah lemah...sy bukanlah seorang yang memiliki ilmu yang tinggi, tetapi sy dapat melihat secara keseluruhan proses ini...kita semakin sedar, cuma kelalaian kita masih belum pulih...mungkin ada yang telah pulih dan bertekad untuk bangun dan memimpin sahabat-sahabat yang lain, Insyaallah...semoga kelompok ini akan berkembang...mungkin kita tidak akan sempat melihat keajaiban yang akan berlaku, kerana proses ini mengambil masa yang agak lama, tetapi dari pengamatan saya, akan ada keajaiban...akhir sekali, sy menyeru kepada sahabat2 sekalian, selagi kudrat masih mampu, tuntutlah ilmu...sebaik-baiknya ilmu yang dituntut itu tidak disimpan sahaja, tetapi diaplikasikan, malah di kembangkan...disebalik kekuatan, terselindung kelemahan yang kita boleh patahkan...carilah kelemahan diri masing2...dan ingatlah Allah sentiasa bersama kita...

     
  19. Dama-Ulan Says:
  20. Salam,

    lawatlah ke blog saya http://dama-ulan.blogspot.com dan ketahui bagaimana cara didik anak Yahudi dari dlm kandungan lg.. Sejarah Yahudi di M'sia... tahukah anda di M'sia ada perkuburan Yahudi?

     
  21. Unknown Says:
  22. kita sebagai generasi Islam masa kini perlu mencapai semula zaman kegemilangan yang tinggi oleh zaman orang Islam yang terdahulu..
    caranya sudah tentu dengan memegang, mempelajari, menafsir, dan menguasai semua ilmu yang terdapat dalam al-Quran.. kalamullah..
    kerana sume ilmu di dalam al-Quran..tapi umat Islam melepaskan al-Quran dan tidak mendalami AJARAN Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w..
    kerana itulah kebanyakkan umat Islam masa kini di tindas.. pelajarilah al-Quran dari 1 perkataan ke perkataan yang lain.. dan digunapakai dlm khidupan seharian.. barulah boleh maju..(^_^)..insya-Allah

     
  23. yahudi harus di musnahkan dari mukabumi, tetapi maslahnyaa apakah negara2 muslim mau,,,,? seharusnya semua negara2 muslim memutuskaan segala bentuk kerja sama dengan israel dan menarik semua duta besarnya (ambassador) serta memboikot prduk2nya,

     
  24. araif Says:
  25. kamu mngatakan ingin memusnahkan yahudi...yahudi akan ketawa apabila mendengar...kenapa?kerana di dalam "poket" kamu pown ader yahudi... iaitu rokok...dunia skarang yahudi dah catur...mereka tidak takut kalau untuk diserang....sbb mereka dah kaji kelemahan kita terutama islam...dah 1000 tahun mereka mengkaji....hanya ader 1 saja yg mereka amat takutkan yaitu....imam mahdi...dan hubungan kita dgn rasulullah...

     
  26. Admin Says:
  27. mungkin sedara2 sme bley dapatkan lebih bnyk input pasal yahudi dengan membaca buku ini.

    Agenda Yahudi Menakluki Dunia
    http://www.pts.com.my/index.php/buku/agenda-yahudi-menakluki-dunia/

    Konspirasi Yahudi Peperangan dan Penaklukan
    http://www.pts.com.my/index.php/buku/konspirasi-yahudi-peperangan-penaklukan/

     
  28. Unknown Says:
  29. biarlah ia berkuasa di muka bumi allah tempat kita di akhirat lebih baik dari yahudi...kepada manusia yg berada di jalan yang lurus aje..tak lurus same je macam yahudi...

     
  30. yang saya tahu,ilmuan yahudi boleh menjadi hebat kerana rajin mengkaji ilmu2 daripada al-Quran dan ilmu2 yg ada pd tokoh2 Islam..mungkin lepas ni maklumat tokoh seperti ibnu khaldun, ibnu sina boleh kita kongsi bersama ;p
    ~peace~

     
  31. devil666 Says:
  32. dah lr..muslim memang tak guna ..orang2 islam memang bodoh ..

     
  33. Unknown Says:
  34. Betul sy setujuh dgn anda

     
  35. Unknown Says:
  36. Yahudi mang sdah ditakdirkan sama Tuhan untuk menjadi bangsa yg besar,bangsa yg terpintar diantara bangsa-bangsa....low menurt orang nasrani itu sdh umum karena didalam injil ada tertulis.....low bkn yahudi kalian low sakit jantung,stroke,tetanus,polio,dll obatx mana low bukan yahudi yg bkin atau temukan.....pkoknya bt menrt saya saya sngat bertrmakasih sma yahudi........

     
  37. Unknown Says:
  38. kenapa islam sangat lemah dimuka bumi ini, sebabnya:-
    1) Dunia Islam GAGAL Mengaplikasi PENGETAHUAN.
    2)Kerana Orang Islam TIDAK Menghasilkan Pengetahuan.
    3)Kerana Orang Islam Tidak MERESAP Pengetahuan.
    4)Kerana Orang Islam Tidak MENGGUNAKAN Pengetahuan.
    5)Dan MASA DEPAN Orang Islam milik masyarakat berasaskan Pengetahuan.
    6)Apa yang SELALU Orang Islam lakukan adalah MENJERIT kepada Allah sepanjang hari dan MENYALAHKAN orang lain bagi PELBAGAI KEGAGALAN .
    OLEH ITU JANGAN MENYALAHKAN ORANG, BANGSA DAN AGAMA LAIN JIKA ORANG ISLAM ITU SENDIRI TIDAK MEMBANGUN DAN MENGGUNAKAN ILMU PENGETAHUAN YANG SEDIA ADA malah (PHD) yang lebih!!!!!! #PHD(perasaan hasad dengki)...

     

Post a Comment

Subscribe here