Setiap tahun pada 16 Mei akan diadakan sambutan Hari Guru. Mereka yang masih belajar di sekolah menengah maupun sekolah rendah pastinya hari ini akan terlibat atau sekadar menonton berbagai acara yang diadakan. Bagi mereka yang telah meninggalkan alam persekolahan hari ini mungkin akan mengembalikan ingatan kepada peristiwa semasa di sekolah dahulu.
Sudah pasti berbagai pengalaman dan ilmu yang diperolehi semasa sekolah menjadi nota-nota dalam lipatan sejarah setiap orang. Zaman sekolah adalah satu peringkat dalam kehidupan ini yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk keperibadian seseorang. Peralihan dari peringkat kanak-kanak ke remaja berlaku semasa di sekolah menengah dan ketika inilah berbagai perubahan dari segi rohani dan jasmani akan berlaku. Pengaruh kawan, persekitaran, keluarga dan guru mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan acuan diri seorang individu. Guru bukan sahaja berperanan dalam mendidik ilmu akademik tetapi juga sahsiah diri.
Bila menyebut tentang guru kita sering terlupa siapa guru pertama kita. Guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah. Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Ini jelas seperti yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang - Guru Oh Guru
Technorati Tags: nukilan,azhad, sekolah, guru
0 comments