Google sekarang sedang mencari mereka yang berminat untuk membantu meningkatkan barangan Google yang sedia ada dan yang masih dalam peringkat pembangunan. Di antaranya menjadi penguji ciri-ciri baru Blogger yang sedang mereka usahakan. Mereka yang telah mendaftar akan dihubungi dari masa ke semasa apabila maklum balas mereka diperlukan.

Nukilan Jejari Azhad : Google Blogger TesterGoogle akan membayar secara amnya USD 75.00 untuk setiap jam masa yang digunakan untuk melakukan kajian atau soal selidik tersebut dan juga bergantung kepada jenis ujian dan kajian yang dilakukan. Terdapat 4 jenis kajian yang boleh dipilih semasa mendaftar iaitu;

  1. Datang sendiri ke pejabat Google di California, Amerika Syarikat atau di mana-mana pejabat Google seluruh dunia.
  2. Secara jarak jauh di mana penyelidik Google akan menelefon dan menemubual kita semasa kita mencuba dan menguji sesuatu ciri atau barangan itu melalui internet.
  3. Secara kajian luar di mana penyelidik Google dari pejabat yang berdekatan akan datang sendiri berjumpa dengan kita untuk ditemubual.
  4. Secara soal-selidik di mana kita menjawab beberapa soalan melalui laman web atau emel.

Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar walaupun anda tidak pernah menggunakan mana-mana perkhidmatan Google. Walaupun begitu memandangkan di Malaysia tiada pejabat Google kita hanya boleh memilih no.2 dan no.4 sahaja.

Sila pergi ke ruangan FAQ untuk mendapat maklumat lanjut atau terus saja mendaftar.

Technorati : , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 23.5.07

1 Responses to Google Blogger Tester

  1. Hi, nice blog you have here.
    Check out my exciting blog promotion I'm having!
    If you link to me or join any programs I have posted you'll be entered to win $50 and possibly more, not to mention the great money you can make with the programs if you join. Its all free to join of course, so you have nothing to lose and can gain a lot!
    Heres my link http://bestblogoftheday.blogspot.com/

    PS. I almost forgot if you win, I'll also be adding a permenant link to your blog and you know they say, that you need one way links in order to get ranked higher by Google.

    Hope to see you there.
    Have a great day & keep on blogging!

     

Post a Comment

Subscribe here