SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management And Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya. SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.

SMART Tunnel yang bergarispusat 13.26 m ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia. Terowong ini mempunyai dua tingkat laluan kenderaan dan 1 tingkat saluran air. Walaupun begitu saluran air itu dijangka akan hanya digunakan sebanyak 8 hingga 10 kali setahun. Manakala laluan kenderaan pula akan ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3 hingga 5 tahun sekali sahaja.

Nukilan Jejari Azhad : SMART Tunnel

Panjang keseluruhan SMART Tunnel ini adalah 11.5 km termasuk 3 km terowong kenderaan 2 tingkat dan 9.7 km saluran air. Ini merupakan projek terowong yang terpanjang di Malaysia. Satu kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa telah disediakan bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir ini.

Tiga jalan keluar masuk ke terowong kenderaan telah dibina iaitu di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan, di Jalan Davis berhampiran Berjaya Times Square dan di Lebuhraya KL-Seremban bersebelahan TUDM Sungai Besi. SMART Tunnel ini telah direkabentuk dan dibina oleh usahasama 2 syarikat iaitu Malaysian Mining Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.

Tol akan mula dikenakan mulai 15 Jun 2007 tetapi kadarnya belum ditetapkan lagi.

Terkini 11 Jun 2007 :
Kerajaan telah menetapkan kadar tol sebanyak RM 2.00 satu hala. Kadar ini akan dikaji semula dalam masa tiga tahun.

Technorati : , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 15.5.07

1 Responses to SMART Tunnel

  1. THE ANiTOKiD Says:
  2. Much thanks for the fave and link. Faved and linked you back, my friend. It's at http://anitokid.blogspot.com/2007/04/technorati-favorites-exchange-project.html.
    More power! Mabuhay!

     

Post a Comment

Subscribe here