Akademi Al-Quran musim kedua telah pun bermula semenjak 24 Mei 2007 di TV9 secara langsung pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam. Pengacara pada musim ini adalah Farrah Adeeba dan Abu Talib Husin yang menggantikan Nazrey Johani (Raihan). Seramai 16 peserta telah terpilih dan mereka akan bersaing untuk merebut 6 tempat di peringkat akhir.

Peserta atau para pelajar Akademi Al-Quran 2 ini ditempatkan di Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, Selangor. Di sini para pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang terdiri daripada Pasihah Hasim yang akan mengajar taranum, Abdul Jalal Abdul Manaf berkaitan qiraat dan Khairul Anuar Mohamad tentang tajwid.

Juara menerima hadiah bernilai RM50,000

Sementara itu panel juri Akademi Al-Quran 2 ini pula terdiri daripada Zamri Mohd. Zainuddin selaku juri tajwid, Nazri Abdullah juri qiraat dan Radzi Kamarul Hailan pula dari segi taranum dan lagu. Markah yang diberi oleh mereka ini akan menentukan samada peserta akan terus kekal dalam Akademi atau digugurkan.

Seramai lebih 600 orang telah hadir di sessi uji bakat yang telah diadakan di 11 lokasi di seluruh negara. Hadiah untuk juara Akademi Al-Quran 2 ini secara keseluruhannya bernilai RM50,000 termasuk wang tunai berjumlah RM30,000.

Akademi al-Quran 2 peringkat akhir akan diadakan pada 18 Julai 2007.

Technorati : , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 1.6.07

1 Responses to Akademi Al Quran Musim 2

  1. RennyBA Says:
  2. Sorry I don't understand your language:-( But thanks for your visit and nice comments about my blog and there is more fore you up about Norway if you like.
    Wishing you a great end to your week!

     

Post a Comment

Subscribe here