Lakaran foto ini adalah lelaki Melayu berusia antara 35 hingga 40 tahun, tinggi 168cm dan berkulit cerah.
Lelaki ini ada pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanya orang ramai bilik untuk disewa bagi dirinya dan anaknya.
Lelaki ini telah menemui beberapa pemilik rumah beberapa kali dalam tempoh Nurin Jazlin hilang.
Ini adalah lakaran foto wanita Melayu yang berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu.
Wanita ini kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin yang ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya pada 17 Sept.
Dia telah muncul waktu tengah hari, sehari sebelum polis menemui mayat Nurin Jazlin.
Pihak polis telah mengedarkan lakaran imej seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata lakaran imej dihasilkan selepas menerima maklumat daripada orang ramai.
Beliau meminta sesiapa yang pernah melihat seseorang yang menyerupai seperti lakaran ini dan membawa beg biru antara 16 September dan 17 September di sekitar kawasan rumah kedai tempat mayat Nurin Jazlin ditemui supaya segera menghubungi polis.
Terkini :
Wanita dalam lakaran di atas merupakan seorang wanita berbaju merah yang dapat dilihat di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat beg berisi mayat Nurin Jazlin ditemui. Wanita tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Petaling pada hari Sabtu 20 Oktober lalu. Menurut Datuk Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pihak polis telah merekodkan keterangan wanita yang berumur 15 tahun itu dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.
nukilan, azhad, suspek, nurin jazlin
diharapkan agar pembunuh nurin segera ditemui.rakyat malaysia,kita terkenal dengan sikap prihatin,jika ada maklumat segeralah tampil ke depan.alangkah jelasnya wajah dan alamat pembunuh tersebut jika kesan jari di beg tersebut dapat dikenalpasti.