TERKINI : Tarikh Keputusan Peperiksaan SPM STAM STPM 2008
Pada minggu lepas tiga keputusan peperiksaan telah diumumkan. Bermula dengan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 11 Mac 2008. Disusuli pula dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 12 Mac 2008. Secara keseluruhannya pencapaian calon-calon ketiga-tiga peperiksaan ini boleh dibanggakan.

Azali 20 1A & 1 2A

Seramai 56,896 atau 91.62 peratus daripada 66,047 calon STPM 2007, lulus penuh atau peringkat prinsipal bagi sekurang-kurang satu subjek, meningkat 0.75 peratus berbanding 90.87 peratus pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 3,687 atau 5.94 peratus calon lulus penuh lima subjek, 23,101 (37.2 peratus) empat subjek, 12,418 (20 peratus) tiga subjek, 9,234 (14.87 peratus) dua subjek serta 8,456 (13.62 peratus) satu subjek.

Enam belas orang pelajar STPM 2007 dari seluruh negara diumumkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Daripada jumlah itu, 11 calon mencatat keputusan gred A bagi semua kertas peperiksaan dalam lima mata pelajaran diambil. Enam daripada mereka adalah pelajar aliran sains yang cemerlang dalam 13 kertas peperiksaan, manakala 5 calon lagi adalah pelajar aliran sastera.

Tiga pelajar istimewa turut menerima anugerah yang sama sebagai menghargai usaha mereka mencapai keputusan memberangsangkan walaupun dalam keadaan cacat. Dua orang pelajar lagi yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang ini adalah calon yang cemerlang dalam ujian Malaysian University English Test (MUET) 2007.

Sementara itu seramai 729 atau 14.8 peratus daripada 4,920 calon STAM 2007 memperoleh keputusan sangat cemerlang atau Mumtaz, meningkat berbanding 694 (13.9 peratus) tahun sebelumnya. Mereka ini adalah sebahagian daripada 3,341 (67.9 peratus) calon yang berjaya mendapat sijil STAM kali ini dengan pangkat sekurang-kurang Maqbul atau lulus.

Seramai 4,920 calon menduduki STAM 2007 yang menawarkan beberapa mata pelajaran meliputi bidang Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin. Di antaranya ialah Hifzil Quran dan Tajwid, Fiqh, Tauhid dan Mantiq, Tafsir dan Ulumuhu, Hadith dan Mustolah, Nahu dan Sarf, Insya’ dan Mutala’ah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiyah serta Balaghah.

Manakala itu sejumlah 6,247 orang calon daripada 439,255 orang calon yang menduduki peperiksaan SPM 2007 memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran ini merupakan satu peningkatan berbanding keputusan 2006 apabila seramai 5,685 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Pencapaian SPM 2007 juga sangat membanggakan apabila 382,286 calon berjaya mendapat sijil berbanding 358,060 pada 2006. Seramai 1,072 calon berjaya mendapat 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,280 calon pada tahun sebelumnya. Hanya 2,911 atau 0.75 peratus calon gagal (gred 9G) dalam semua mata pelajaran berbanding 2,823 (0.79 peratus) pada 2006.

Pelajar paling cemerlang SPM 2007 adalah Azali Azlan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, yang memperoleh 20 1A dan satu 2A dan Quek Hai Ren dari SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang yang memperoleh 16 1A.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 17.3.08

8 comments

  1. Anonymous Says:
  2. 21A is impossible. Can I know which tuition center he went?

     
  3. Anonymous Says:
  4. Cousin saya dapat 7As (6A1 dan 1A2). Ade sesetengah sekolah tak benarkan studentnya ambik lebih matapelajaran.. reason: want to control the quality

     
  5. Azhad Says:
  6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) juga menghadkan bilangan matapelajaran yang boleh diambil oleh pelajarnya.

    Baca lebih lanjut mengenai Azali di Azali Azlan Pelajar Terbaik SPM 2007.

     
  7. ahib0205 Says:
  8. salam.

    bro, napa ek bila scrool ke atas, nanti jadi belang2? lagi satu nk loading abis page bro ni agak lambat la.. maaf bro ni pndpt sy

     
  9. Azhad Says:
  10. salam ahib,

    Tak pasti punca sebenar terjadi belang2 tu mungkin ada kaitan dengan template yang digunakan.

    Sejak kebelakangan ini memang didapati agak lambat nak load sepenuhnya antara puncanya link gambar2 di photobucket amat perlahan.

    Memang ada rancangan untuk tukar template dan ringankan page load tetapi setakat ini masa tidak mengizinkan.

    Apa2pun terima kasih perihatin dengan blog ini & setia singgah di sini.

     
  11. khairulanwar Says:
  12. pelajar SBP x boleh ambil lbh dari 10 subjek..
    kalu boleh pun, perlu buat surat..

     
  13. riq Says:
  14. hye..
    ney blog ape ea?
    huhuhu

     
  15. Access unmatched monetary knowledge, news and content material in a highly-customised workflow expertise on desktop, internet and mobile. All the data you need to|you should|you have to} allow you to to decide on} your next on-line betting site. Whichever event you want to bet on today, the OLBG tipsters have accomplished the be just right for you|give you the outcomes you want} and researched one of the best bets. I appreciate the scope and balanced insights provided by the CalMatters news team. Several card rooms had been ordered to 1xbet shut in 2020 for failing to comply with state COVID-19 orders. And in 2019, Hawaiian Gardens Casino, one of many largest card rooms in the state, settled with state attorney for $3.1 million for deceptive gambling regulators and paid $2.8 million for violating a federal anti-money laundering regulation.

     

Post a Comment

Subscribe here