Ramadhan tinggal beberapa hari lagi dan Aidil Fitri pun menjelang tiba. Mulai hari ini mereka yang mencari rezeki di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur akan mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya. Ini secara langsung akan meningkatkan jumlah kenderaan di jalan raya dan lebuh raya lalu menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Apabila jumlah kenderaan bertambah maka bilangan kemalangan juga meningkat. Menurut statistik kemalangan jalan raya jumlah kematian bagi tahun 2005 ialah 6188 orang, 2006 seramai 6287 orang dan 2007 seramai 6282 orang. Maka sebab itulah sebelum sesuatu perjalanan dimulakan dan ketika dalam perjalanan semua langkah-langkah keselamatan perlu diambil.
Sebelum memulakan perjalanan pastikan kenderaan telah diperiksa dan diservis. Masa perjalanan dan jalan yang akan diikuti juga perlulah dirancangkan dengan baik. Di samping itu semak juga jalan alternatif lain sebagai persedian jika jalan yang biasa digunakan terlalu sesak. Malah pemandu juga perlulah mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
Semasa dalam perjalanan memandulah dengan cara berhemah dan berhenti berehat bagi menghilangkan rasa letih atau mengantuk. Apa yang penting jangan berjanji dengan mereka yang menunggu di kampung pukul berapa kita akan sampai kerana ini akan menyebabkan kita tergesa-gesa memandu untuk sampai pada waktu yang ditetapkan.
Bagi memudahkan para pengguna, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM1) akan menyiarkan keadaan trafik terkini pada masa nyata bagi memudahkan lebih 1.4 juta pengguna lebuh raya merancang perjalanan pulang ke kampung.
Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Mohamad Razali Othman, berkata pihaknya akan 'berkongsi' pemantauan lebuh raya dengan pengguna sepanjang musim perayaan untuk menggalakkan pengguna memilih masa sesuai serta merancang perjalanan mereka.
Katanya, untuk tujuan itu lebih 200 unit kamera di lebuh raya termasuk di sekitar Kuala Lumpur akan digunakan bagi memastikan kelancaran trafik selain menambah jumlah kakitangan bertugas sepanjang tempoh puncak yang dijangka bermula sabtu ini.
Sementara itu Plus Expressways Berhad (Plus) pula telah mengeluarkan jadual perjalanan sempena Aidilfitri membabitkan tiga peringkat bermula hari Sabtu 27 September bagi mengelak kesesakan di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Jadual perjalanan itu disarankan pelaksanaannya sepanjang lima hari waktu puncak warga kota menggunakan lebuh raya berkenaan iaitu mulai Sabtu dan Ahad ini, 30 September (sehari sebelum Aidilfitri), serta 4 dan 5 Oktober ini bagi perjalanan pulang ke ibu kota.

"Plus juga menawarkan perkhidmatan SMS Plus Mobile Alert (PlusMA) pada 27, 28 dan 30 September serta 4 dan 5 Oktober ini, dengan kadar 30 sen satu SMS bagi maklumat trafik terkini Lebuh Raya Utara-Selatan," katanya.
Beliau berkata, laluan kontra tiga lorong akan dibuka mulai Persimpangan Sungkai ke Persimpangan Slim River bagi perjalanan pulang ke ibu kota pada 4 dan 5 Oktober ini jika keadaan trafik didapati sesak.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan SMS PlusMA serta berita trafik mutakhir, pengguna lebuh raya berkenaan boleh menghubungi PLUSLine di 1 800-88-0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Technorati Tags: aidil fitri, hari raya, balik kampung, ramadhan, kemalangan, jalan raya, lebuh raya, plus
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=02ea189b-45f6-42b5-b9bf-4234974a3ffa)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=bc574d77-4b08-440e-892a-17f9bab8cfc0)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=7539487e-7d66-4f50-8cb8-cd2dee2978fe)
Keadaan kesihatan beliau, yang juga mesra dengan panggilan Pak Samad, menunjukkan kemajuan pada peringkat awal sebelum kembali tenat sejak Sabtu lepas setelah masalah jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain.
Anwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon ![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=d3072076-0c01-4caf-8817-c7433f61a7e3)
Mungkin ramai yang telah lupa peristiwa tersebut tetapi ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan keluarga Allahyarham Nurin pasti merasa ianya seperti baru semalam sahaja berlaku. Blog ini juga ada
Di ![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=ccb464d2-a8f1-4e45-8d55-4e372178e2f5)


Pesta Buku Malaysia 2008 ini dianjurkan oleh Invent Solution Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama pihak 
Dikenali sebagai PC Fair 2008 akan dimulakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Central Square di Sungai Petani dan Dewan Sri Mentakab di Pahang pada 1 hingga 3 Ogos ini.

Program Akademi Al -Quran (AQ) telah meyaksikan maklum balas dan kepekaan masyarakat terhadap ilmu agama itu semakin bercambah. Sedikit sebanyak ia kembali bernyawa kerana semakin ramai yang mula menunjukkan minat untuk belajar perihal pengajian itu. Tambahnya lagi, peluang pekerjaan juga kian terbuka kepada peserta yang pernah menyertai AQ.
TV9 akan melipatgandakan usaha untuk mempromosikan bakat-bakat AQ agar mereka boleh menjadi ikon muda yang disegani ramai. Jika pemenang rancangan realiti lain berjaya di luar sana selepas tamat pengajian mereka, begitu juga dengan peserta AQ. Mereka yakin, usaha dan pendekatan promosi yang baik akan membantu memperkenalkan bakat-bakat AQ ke peringkat yang lebih luas. Antara pendekatan yang dijangka paling efektif untuk mempromosikan qari dan qariah yang dilahirkan menerusi AQ ialah menerusi sesi jelajah Perkampungan Islam Hadhari yang dianjurkan stesen berkenaan.
Masih kekal di tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menerajui syarikat telekomunikasi, Maxis. Tetapi kekayaannya menurun kepada AS$7.2 bilion, iaitu kurang AS$200 juta daripada tahun lepas.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, jutawan Melayu paling kaya, turun satu anak tangga dari tempat ketujuh ke tempat kelapan selepas nilai bersih asetnya berkurangan sebanyak AS$200 juta kepada AS$1.8 bilion. Bumiputra lain yang tersenarai ialah Tan Sri ![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=311e2e34-7a21-4b70-a27e-55c352d23ddf)


























