Satu lagi pameran dan jualan yang patut dikunjungi ialah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Bermula 26 tahun dahulu pesta buku ini dikelolakan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia.

Pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan dari 27 April sehingga 6 Mei 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Pesta yang merupakan acara tahunan ini dibuka untuk kunjungan dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang bagi hari Isnin hingga Khamis, dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bagi hari Jumaat hingga Ahad termasuk hari cuti umum.

Sebanyak 183 syarikat menyertai pesta kali ini termasuk 23 dari luar negara antaranya dari Britain, Amerika Syarikat, Australia, Mesir, Jerman, Hong Kong, Brunei, Thailand, India, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Di samping pameran dan jualan buku terdapat 63 aktiviti yang sudah dirancangkan untuk pengunjung dan pelawat dagang industri buku seperti seminar, forum, taklimat, dialog dan pelancaran buku baru.

Masuk adalah percuma dan tahun lepas seramai lebih 700,000 orang yang telah mengunjungi pesta buku ini. Marilah sama-sama kita menambahkan ilmu dengan membaca. Bagi menambah minat kepada buku, cuba kita berikan buku sebagai hadiah menggantikan permainan dan barangan lain semasa sambutan hari jadi dan seumpamanya. Semoga ini dapat membantu meningkatkan tabiat suka membaca dikalangan rakyat Malaysia.

Technorati Tags: , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 17.4.07

2 comments

  1. bibliobibuli Says:
  2. many thanks for posting this news!

     
  3. Azhad Says:
  4. Your welcome bibliobibuli

     

Post a Comment

Subscribe here