Setelah hampir dua minggu hilang, akhirnya Muhammad Nazrin atau Yin telah diketemukan semula dengan keluarganya. Yin sebenarnya telah dijaga oleh pasangan Myanmar selama dia hilang di Sentul Pasar, Kuala Lumpur. Pasangan tersebut mengetahui Yin sedang dicari setelah menerima risalah tentang kehilangan Yin.

Dua minggu sebelum itu pasangan tersebut membawa Yin pulang apabila tiada sesiapa yang mencarinya setelah menunggu lebih daripada satu jam di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo. Pasangan itu mendakwa mereka nampak Yin berseorangan di hadapan Sogo dan telah cuba membantu tetapi tidak faham percakapan Yin.

Pasangan Myanmar yang fasih berbahasa Melayu itu berkata mereka suami isteri buta huruf dan tiada telefon atau televisyen menyebabkan mereka tidak tahu usaha besar-besaran mencari Yin sedang dijalankan.

Syukur alhamdullilah kerana Yin telah selamat kembali kepada keluarganya. Walaupun terdapat beberapa persoalan yang masih belum terjawab seperti kenapa Yin dibotakkan, kenapa pasangan tersebut menyimpan Yin dan mengapa Yin tidak diserahkan kepada pihak berkuasa lebih awal?

TERKINI :
15 April 2007 Pasangan Myanmar tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal-siasat kerana keterangan mereka mencurigakan.
19 April 2007 Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 14.4.07

3 comments

  1. Alhamdulillah, akhirnya selamat jugak si Yin tu.

     
  2. Hanif Says:
  3. Saya merasa bersyukur akan penemuan Yin. Namun, saya merasa amarah kerana penahanan pasangan Myammar yang menyerahkan Yin.

    Inikah perlakuan kita selepas mereka menyerahkan Yin kembali, secara sukarela. Saya juga amat kesal dengan kenyataan-kenyataan Mazidol di MHI hari ini kerana seolah-olah cuba mencongkil keburukan pasangan ini walaupun En Shamsul, bapa Yin, seperti tidak mahu mengungkitkan perkara ini.

    Memang, terdapat keanehan tindakan pasangan Myammar ini. Akan tetapi perlakuan polis dan layanan akhbar-akhbar tidak menunjukkan sikap yang harus ditonjolkan sebagai seorang muslim yang penyayang kepada orang miskin.

     
  4. Azhad Says:
  5. Ya hanif & syaf the geek, kita semua memang bersyukur apabila Yin telah selamat kembali kepangkuan keluarganya.

    Walaupun apapun yang telah terjadi bapa Yin telah mengotakan janjinya bahawa dia akan memaafkan sesiapa saja yang memulangkan anaknya tanpa mengira niat asal mereka. Bagi keluarga Yin mereka ingin melupakan yang lalu apabila Yin telah kembali.

    Sekarang ini pihak berkuasa dan media pula yang lebih terlibat dalam perkara ini. Pihak berkuasa tentu mahu mencari kebenaran apa yang berlaku manakala pihak media pula Yin adalah sumber cerita.

    Bagaimana mereka melakukan tugas itu, perlulah dengan cara yang berhikmah.

     

Post a Comment

Subscribe here