Liputan tentang Nurin Alert kini semakin meluas apabila cerita mengenainya disiarkan di majalah Tell. Sebelum ini kisah Nurin Alert ini telah dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini(WHI) di TV3 pada 23 Oktober yang lalu. Di dalam rancangan WHI tersebut Nuraina A.Samad, Jasni Haji Abdul Jalil dan Kamal Affandi Hashim telah dijemput untuk memperkatakan tentang Nurin Alert. Terbaharu keluaran khas bulan November-Disember majalah Tell dan edisi bulan Disember majalah Mastika pula memuatkan penulisan tentang Nationwide Urgent Response Information Network Alert dan tragedi yang menimpa Nurin.

Muka hadapan majalah Tell dengan jelas menunjukkan gambar Nurin Jazlin berlatar belakangkan gambar-gambar kecil kanak-kanak yang pernah hilang sebelum ini. Diikuti dengan ruangan editorialnya yang menyebut tentang Tell akan memberi tumpuan kepada cerita yang berkaitan dengan Nurin Jazlin kali ini.

Fokus tentang Nurin dimulakan di mukasurat 20 sehingga 29 menyentuh berkenaan Nurin Alert, bagaimana idea untuk mewujudkannya timbul, bagaimana ianya boleh membantu, bagaimana fungsinya dan cerita Amber Alert yang telah digunakan Amerika Syarikat. Bahagian ini diakhiri dengan apa yang telah terjadi kepada Preeshena Varshiny dan Chin Kha Man baru-baru ini.

Di mukasurat 40 sehingga 42 pula menceritakan tentang keadaan keluarga Jazimin Haji Abdul Jalil selepas kematian Nurin Jazlin. Di sini disebut betapa berapa sukarnya mereka sekeluarga menjalani kehidupan seharian selepas perginya Nurin Jazlin.

Fokus tentang Nurin diteruskan di mukasurat 80 sehingga mukasurat 87 melaporkan perbincangan meja bulat berkenaan Nurin Alert yang disertai oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Jasni Abdul Jalil, Nuraina Samad, Kamal Affandi, Madeleine Yong, Wahti Mahidin, Abang Ariffin Abang Bohan, Rocky dan Mustapha Mahidin.

Sementara itu di dalam majalah Mastika keluaran bulan Disember terdapat tiga artikel yang menyentuh mengenai Nurin Jazlin Jazimin. Pertama di mukasurat 96 sehingga mukasurat 100 bercerita tentang beberapa kejadian yang telah berlaku di Kampung Baru sebelum tragedi Nurin. Kanak-kanak telah diculik dan dicabul menggunakan timun dan terung. Salah seorang daripada kanak-kanak ini telah dijumpai di tepi sebuah kedai kosong dalam keadaan berbogel dengan bahagian sulit dan duburnya berlumuran darah. Usus kanak-kanak ini juga terkeluar. Syukur alhamdullilah semua kanak-kanak ini berjaya diselamatkan.

Selepas itu di mukasurat 102 sehingga mukasurat 106 dimuatkan cerita kekesalan dan pengalaman Dr Sazali Ahmad dari Akademi Sains Muda ketika membantu pihak polis mengendalikan kes Nurin Jazlin. Akhir sekali di mukasurat 108 dan mukasurat 109 disiarkan catatan peribadi bapa Nurin, Jazimin Haji Abdul Jalil, bagaimana beliau menghadapi detik-detik kehidupan selepas tiadanya Nurin.

Majalah Tell dan Mastika ini jelas membantu mengingatkan kita tentang tragedi yang telah menimpa beberapa keluarga khususnya keluarga Nurin Jazlin. Begitu juga betapa perlunya Nurin Alert diwujudkan di negara ini. Oleh itu kesedaran dan sokongan orang ramai dan mereka yang berkenaan amat diperlukan bagi menjayakan Nurin Alert ini.

Bagi yang mempunyai blog mungkin boleh menulis tentang Nurin Alert di blog masing-masing. Dapatkan juga majalah Tell dan Mastika yang disebut di atas dan pinjamkan kepada rakan-rakan pejabat serta tunjukkan kepada tetamu yang datang ke rumah. Kunjungilah juga laman blog Nurin Jazlin dan Tembam untuk mengetahui perkembangan terkini tentang kes Nurin dan Nurin Alert.

Semoga Nurin Alert akan menjadi menjadi kenyataan dan dapat membantu keluarga yang memerlukan khidmatnya.

Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 23.11.07

7 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Azhad you the best bro. I tahu nlog you ni very popular. Semoga lebih ramai yang akan faham apa tujuan kita nak perjuangkan Nurin Alert. Walaupun perjalana masih jauh, kita maju setapak lagi. Syukran!

    Blog on bro!

     
  3. tuan pokok Says:
  4. sebab saya ada blog baru

     
  5. Azhad Says:
  6. tembam,
    Thanks... setakat mana yang termampu saya akan cuba membantu. Semua kejayaan itu bermula dengan beberapa tapak yang pertama.

    nurhidayat,
    Oo.. ye ke..

     
  7. Jasni AJ Says:
  8. Terima kasih atas sokongan berterusan saudara terhadap inisiatif Nurin Alert.

    Sokongan seumpama saudara ini memberikan galakan kepada Jawatankuasa Citizens for Nurin Alert (CFNA) untuk terus menerus berusaha bagi mempastikan inisiatif ini dapat diterima pakai dan seterusnya dilaksanakan demi kesejahteraan semua.

    Jasni AJ

     
  9. Azhad Says:
  10. Jasni AJ,
    Sama2 dan saya akan pasti terus memberi sokongan dan mendoakan Nurin Alert akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

     
  11. Abang Azhad, saya dah tulis tentang Nurin Alert di blog saya.

     
  12. Azhad Says:
  13. Terima kasih Bambang, sama-sama kita menyokong usaha kearah pembentukan Nurin Alert.

     

Post a Comment

Subscribe here