Hari ini berakhirnya PIKOM PC Fair 2007 di Kuala Lumpur Convention Centre dan juga di Johor Bahru, Ipoh, Batu Pahat dan Kuantan. Sebenarnya PC Fair tahun ini telah bermula minggu lepas di Pulau Pinang, Melaka, Sandakan, Tawau dan Khucing. Selepas ini PC Fair akan diteruskan minggu depan di Kepala Batas, Taiping, Sibu, Miri, Tanjong Karang dan Muar.
PIKOM PC Fair ini sebenarnya diadakan tiga kali setahun iaitu pada bulan April, Ogos dan Disember. Oleh itu jika tidak berkesempatan atau terlepas kali ini, anda boleh pergi di bulan Ogos atau Disember nanti.
Kuala Lumpur Convention Centre menjadi sungguh sesak setiap kali berlangsungnya PC Fair ini. Mungkin di lokasi-lokasi yang lain pun serupa juga. Ada yang datang kerana saja untuk meninjau barangan yang dipamerkan dan ada juga ingin membuat perbandingan antara jenama yang berlainan. Kebanyakannya adalah untuk mendapatkan barangan dengan harga yang terbaik.
Technorati Tags: nukilan, azhad, pc fair, pameran, komputer

Bagaimana harga PC di Malaysia?
Terima kasih.
Boleh rujuk di http://www.lowyat.net/
adakah jasa sewa laptop di malaysia yang bisa dihubungi ?