Begitu pantas masa berlalu kerana pada 30 November yang baru lalu merupakan hari yang ke 100 kali terakhir Nurin dilihat masih hidup. Secara kebetulan pula pada hari tersebut tiga ahli jawatankuasa Citizens For Nurin Alert telah berjumpa dengan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perbincangan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di Jalan Raja Laut itu telah berlangsung selama lebih satu jam.

Citizens For Nurin Alert telah diwakili oleh En Jasni Abdul Jalil, Pn Hanizah Hashim dan Pn Nuraina Samad. Manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat pula diwakili oleh Cik Meme Zainal Rashid, Dato' Shamsiah Ad Rahman, Pn Nor Amni Yusoff dan En Abdullah Hanafi.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk memberi peluang kepada jawatankuasa Citizens For Nurin Alert untuk memberi penerangan tentang Nurin Alert dan perbincangan bagaimana ianya boleh digabungkan dengan cadangan Polisi Perlindungan Kanak-kanak. Difahamkan perjumpaan ini telah berjalan dengan jayanya dan telah dipersetujui selepas ini satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan.

Gambaran lebih jelas tentang perjumpaan ini boleh dibaca di laman blog Nurin Jazlin, Tembam dan Nuraina.

Nationwide Urgent Response Information Network - NURIN Alert telah mula melangkah beberapa tapak dan sudah pasti ianya akan terus maju kehadapan sehingga pada satu hari kelak ianya akan mula beroperasi dan dapat membantu mereka yang memerlukan khidmatnya.

Technorati Tags: , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 2.12.07

4 comments

  1. Anonymous Says:
  2. Thanks Azhad, great post as always. Keep blogging bro and insyAllah it will become a reality!

    Syukran!

     
  3. Azhad Says:
  4. Sama2 dan terima kasih tembam, insyaAllah Nurin Alert akan terus melangkah sehinggalah ia menjadi kenyataan.

     
  5. Jasni AJ Says:
  6. Terima kasih terhadap sokongan berterusan saudara.

    Jasni AJ

     
  7. Azhad Says:
  8. Sama2 Jasni, maklumat tentang Nurin Alert ini perlu dihebahkan supaya kesedaran tentangnya akan berterusan.

    Semoga ini sedikit sebanyak akan membantu menjadikan Nurin Alert satu kenyataan.

     

Post a Comment

Subscribe here