Kesudahannya dari 8 negara tinggal 4 negara yang akan bertarung merebut dua tiket ke peringkat akhir. Keputusan setakat ini sangat mengejutkan sebahagian besar peminat-peminat bolasepak. Semua perhatian akan tertumpu kepada perancangan dan pecaturan jurulatih-jurulatih 4 negara ini.


Germany lwn Italy

Rekod pertemuan dua negara ini lebih memihak kepada Itali. Itali telah memenangi 13 perlawanan berbanding 7 perlawanan oleh Jerman daripada 28 kali pertembungan mereka. Baki 13 perlawanan lagi mereka seri.

Portugal lwn France

Sementara itu daripada 21 perlawanan bagi Portugal dan Perancis pula mereka cuma seri sekali sahaja. Rekod Perancis lebih baik dengan memenangi 15 perlawanan berbanding 5 yang dimenangi Portugal.

Berdasarkan fakta sejarah kita boleh meneka pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat akhir tetapi bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku dalam masa 90 minit di padang.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 3.7.06 0 comments

Piala Dunia 2006 sudah lebih daripada separuh perjalanannya. Masih ramai yang tidak kebah dari demam bola.

Lapan pasukan telah berjaya ke peringkat suku akhir dan perjuangan mereka berterusan.


Germany vs Argentina

Italy vs Ukraine

England vs Portugal

Brazil vs France


Argentina pernah menjuarai Piala Dunia sebanyak dua kali iaitu dalam tahun 1978 dan 1986. Naib juara sebanyak dua kali juga iaitu tahun 1930 dan 1990.

Brazil pula tidak dapat disangkal keunggulan mereka di dalam Piala Dunia kerana pernah menjadi juara sebanyak lima kali; 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Naib juara sebanyak dua kali; 1950 dan 1998. Di samping tempat ketiga juga dua kali; 1938 dan 1978.

England walaupun mempunyai ramai penyokong di Malaysia tetapi mereka hanya pernah memenangi Piala Dunia sekali sahaja iaitu pada tahun 1966.

France juga berkongsi rekod dengan England hanya menjadi juara pada tahun 1998 sahaja.

Germany mempunyai rekod yang lebih baik dengan memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu tahun 1954, 1974 dan 1990.

Italy juga tidak kurang hebatnya kerana memegang gelaran juara sebanyak tiga kali juga iaitu pada tahun 1934, 1938 dan 1982.

Portugal pula tidak mempunyai rekod yang memberangsangkan kerana pencapaian terbaik mereka ialah tempat ketiga dalam tahun 1966.

Ukraine merupakan pasukan yang baru pertama kali melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Dunia. Pencapaian mereka setakat ini adalah yang terbaik untuk mereka.

Siapakah yang akan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan seterusnya ke peringkat akhir? Cabarannya akan bermula 1 Julai ini antara Germany dan Argentina.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 28.6.06 0 comments

Hari ini telah diterima ramai sebagai hari bapa dan ini telah mengingatkanku kepada satu iklan yang disiarkan pada tahun lepas. Untuk semua yang bergelar bapa dan mempunyai bapa, Selamat Hari Bapa.


Tags: , ,

Posted by Azhad 18.6.06 0 comments

FIFA WorldCup 2006Demam Piala Dunia masih berterusan dan sudah semakin ramai yang sudah terkena demamnya. Bola adalah topik perbualan utama di mana-mana sekarang. Bagi yang menonton siaran secara lansung di tv tentu mempunyai lebih maklumat yang boleh dikongsi. Walaupun begitu bagi mereka yang tidak kesempatan menonton perlawanan secara langsung boleh menyaksikan rakaman videonya di FIFA World Cup : Videos.

3D GoalsSementara itu jika inginkan kelainan, perlawanan bolasepak dan detik-detik jaringan gol Piala Dunia 2006 ini juga boleh disaksikan dalam bentuk 3D. Di laman web ini selain rakaman perlawanan ada juga disediakan lawatan secara 3D kesemua stadium yang digunakan dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Untuk menyaksikannya sila layari laman web 3D Goals.

Jago.comSatu lagi tempat di mana video berkaitan perlawanan Piala Dunia 2006 boleh disaksikan ialah di Jago.com. Laman web ini merupakan online community untuk pemain dan peminat bolasepak seluruh dunia berkumpul sambil berkongsi pengalaman, maklumat dan cerita yang berkaitan dengan bola. Untuk mendapatkannya boleh terus pergi ke Jago Companion.

Jika berminat pula untuk melihat video-video lain yang ada berkaitan dengan bolasepak dan Piala Dunia kali ini bolehlah layari laman web Google Video : World Cup Fever.

Technorati Tags: , , , , , ,

Posted by Azhad 14.6.06 0 comments

Semalam sekolah dibuka semula setelah bercuti selama dua minggu. Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama pastinya terpaksa berdepan semula dengan kesesakan lalulintas. Tidak pasti pula dengan keadaan lalulintas di bandar-bandar lain samada mempunyai perbezaan semasa cuti sekolah lalu. Di Kuala Lumpur perbezaannya amat ketara di beberapa jalan tetapi di beberapa jalan pula tetap sesak ataupun kurang sesak sedikit. Kesesakan lalulintas ini sudah tentu melibatkan pembaziran masa dan wang yang banyak.

Bagi para pelajar sekolah pula terutama yang akan mengambil peperiksaan utama, masa sudah semakin suntuk. Ini memandangkan peperiksaan UPSR akan bermula pada 4 September, PMR pada 2 Oktober , STAM pada 9 Oktober dan SPM pula pada 14 November. Baki masa yang tinggal ini sudah pasti akan dimanfaat dengan sebaik mungkin bagi memastikan kecemerlangan keputusan kelak.

Bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan tersebut pastikan anda membuat persediaan daripada awal. Di samping itu ibubapa juga memainkan peranan dalam membantu anak-anak menghadapi peperiksaan. Ibubapa harus memahami tekanan yang dialami oleh anak. Janganlah terlalu menekan anak dengan harapan yang terlalu tinggi sebaliknya bagi inspirasi kepada anak untuk berusaha mencapai yang terbaik.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Posted by Azhad 13.6.06 0 comments


Mulai 9 Jun ini selama sebulan akan berlangsung kejohanan bolasepak Piala Dunia. Sebanyak 32 buah negara akan bertanding diperingkat akhir ini. Tuan rumah negara Jerman menyediakan 12 buah stadium di 12 bandar untuk digunakan untuk 64 perlawanan dalam kejohanan kali ini.

Juara Piala Dunia akan diketahui pada 9 Julai 2006 di perlawanan akhir yang akan diadakan di Berlin Olympic Stadium.

Berikut adalah senarai juara Piala Dunia yang lepas;






Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 7.6.06 0 comments

Kenduri kahwin, bersunat, bercuti atau balik kampung adalah antara aktiviti yang dijalankan pada masa cuti sekolah ini. Bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah adalah yang paling terasa kerana riuh rendah anak-anak di rumah boleh didengar sepanjang hari.

Sebenarnya waktu cuti sekolah begini adalah antara peluang untuk kita mengeratkan hubungan kekeluargaan. Memandangkan sekarang masalah remaja semakin meningkat dan hubungan anak-anak dengan ibubapa semakin renggang apabila mereka meningkat remaja, sesuatu mesti dilakukan. Jangan sangka jika anak-anak kita di depan kita nampak baik, berbudi-bahasa dan alim akan bersikap demikian juga apabila dibelakang kita. Paling mudah untuk mengenali sikap anak-anak kita ialah dengan mengenali kawan-kawan rapat mereka. Walaupun begitu adalah lebih baik jika anak-anak kita dapat bersifat terbuka dan sentiasa telus dengan kita. Namun untuk sampai ke tahap itu perlulah ibubapa berusaha dari awal lagi untuk memupuk kemesraan kekeluargaan.

Di antara pekara yang ibubapa boleh lakukan ialah;

  1. Makan bersama-sama terutama makan malam. Ketika ini cuba mulakan sebarang perbualan berkenaan perkara yang digemari oleh anak-anak. Boleh juga cuba menyuruh mereka bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Sebaik-baiknya tv hendaklah ditutup.
  2. Bantu membuat kerja sekolah atau melihat buku kerja dan latihan mereka. Jika tidak dapat menolong cukup sekadar menunjuk minat pada apa yang mereka belajar.
  3. Menghadiri semua acara sukan dan aktiviti mereka. Kalah atau menang berikan sokongan yang menggalakkan.
  4. Bermain bersama-sama permainan kegemaran mereka seperti catur, dam, scrabble atau uno.
  5. Menonton bersama rancangan tv kegemaran mereka.
  6. Keluar bersama sekeluarga melawat saudara mara, berkelah atau menonton wayang.
  7. Bersenam bersama-sama.
  8. Beribadat bersama-sama seperti sembahyang berjemaah, pergi ke masjid atau menghadiri majlis ilmu.
  9. Melakukan kerja-kerja rumah bersama seperti mengecat, memasak, membasuh, berkebun atau membeli barang dapur.
  10. Hantar dan jemput ke tempat mereka hendak pergi. Semasa dalam kereta izinkan mereka memilih saluran radio.
  11. Berbual-bual pendek sebelum mereka tidur sebaiknya ketika ini kita lebih banyak mendengar sahaja. Suruh mereka bercakap tentang pengalaman yang mereka lalui hari itu atau apa saja yang mereka ingin cerita.
  12. Membaca bersama. Berkumpul sekeluarga dan setiap seorang mengambil giliran membaca secara kuat.
  13. Berkongsi hobi atau menunjukkan minat kepada hobi anak-anak.
  14. Bercuti bersama dan libatkan anak-anak dalam proses merancang percutian tersebut.
  15. Pelawa kawan-kawan rapat mereka datang ke rumah untuk bermain atau berkumpul di rumah. Jika boleh sediakan makanan dan jangan ganggu mereka cuma perhatikan tingkah laku mereka.
  16. Setiap hari katakan mereka disayangi. Berikan penghargaan atau kata-kata perangsang untuk apa yang mereka telah lakukan.
Technorati Tags: , , , , ,

Posted by Azhad 5.6.06 0 comments

Sekali lagi rakyat negara Indonesia diuji dengan satu lagi bencana alam. Pada subuh Sabtu minggu lepas bumi Yogyakarta telah digegarkan mengejutkan ribuan manusia yang kebanyakannya masih lagi tidur. Suasana panik dan kelam kabut menyusul selepas itu apabila masing-masing cuba menyelamatkan diri dan mencari orang-orang tersayang.

Setakat ini lebih 6,000 orang dilaporkan terbunuh dan beratus ribu lagi yang cedera dan kehilangan tempat tinggal. Diharap semua yang terlibat dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan sabar. Manakala bagi kita semua hulurkanlah bantuan dalam sebarang bentuk yang kita mampu.

Technorati Tags: , , ,

Posted by Azhad 4.6.06 0 comments

nukilan, azhad, akademi al-quran

Senarai 12 orang peserta akhir Akademi Al-Quran

  • Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri, 24

  • Alimah Ahmad, 18

  • Amirahman Abas, 24

  • Anuar Hasin, 22

  • Malik Ahmad, 21

  • Marzian Mohd Deli, 25

  • Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin, 20

  • Mohd Shukri Ali, 24

  • Nur Hafizah Ahmad Tajudin, 18

  • Nurul Isnani Mohd Jamee, 24

  • Rosliza Faiz Mohd Hata, 24

  • Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman, 24
  • Akademi al-Quran musim kedua telahpun bermula dan berakhir pada 18 Julai 2007.

    nukilan, azhad, akademi al-quran

    Berikut adalah cerita berkaitan dengan Akademi Al-Quran;

    Blog dan Akhbar
    Nasyeed.com Program Akademi Al-Quran
    Nasyeed.com Pelancaran program Akademi Al-Quran
    Portal Ilmu Akademi Al-Quran vs Akademi Fantasia
    Portal Ilmu Akademi Al-Quran bawa fenomena baru
    Utusan Akademi Al-Quran bawa fenomena baru
    Utusan Akademi Al-Quran turut dipenuhi tangisan
    Utusan Akademi Al-Quran bukan saingi AF
    Utusan Bolehkah Akademi Al-Quran tandingi Akademi Fantasia
    Berita Harian 12 masuk peringkat akhir AQ
    JAKIM Pelajar Darul Quran terpilih menyertai AQ
    Radio Singapore International Hiburan mengandungi ciri-ciri agama

    Perbincangan
    Raudah Isu semasa - AQ
    Bestari Akademi Al-Quran

    Technorati Tags: , , ,

    Posted by Azhad 19.5.06 0 comments

    nukilan, azhad, akademi fantasia
    Berikut adalah senarai 20 orang pelajar yang akan cuba mengisi 12 tempat di dalam AF;

    nukilan, azhad, akademi fantasia, amirulAMIRUL
    Amirul Azwan b. Mohd Ghazali
    Melanau
    18 tahun
    Kuching Sarawak


    nukilan, azhad,akademi fantasia, diddyDIDDY
    Syamsul Hirdy b. Muhid
    Melayu
    21 tahun
    Kuala Lumpur


    nukilan, azhad, akademi fantasia, faizalFAIZAL
    Mohammad Faizal b. Ramly
    Melayu
    22 tahun
    Marang, Terengganu


    nukilan, azhad, akademi fantasia, haiderHAIDER
    Haider bin Arif
    Melayu
    21 tahun
    Kota Kinabalu, Sabah


    nukilan, azhad,akademi fantasia, hazamaHAZAMA
    Hazama b Ahmad Azmi
    Melayu
    22 tahun
    Kuala Lumpur


    nukilan, azhad, akademi fantasia, haziqHAZIQ
    Hazwan Haziq bin Rosebi
    Melayu
    18 tahun
    Kluang, Johor


    nukilan, azhad, akademi fantasia, jeffJEFF
    Jeffry Haikel b Muhammad Nasir
    Melayu
    23 tahun
    Subang Jaya, Selangor


    nukilan, azhad,akademi fantasia, lotterLOTTER
    Lotter P.Edwin Edin
    Kadazan
    23 tahun
    Membakut, Sabah


    nukilan, azhad, akademi fantasia, richRICH
    Richael L. Gimbang
    Kadazandusun
    23 tahun
    Penampang, Sabah


    nukilan, azhad, akademi fantasia, shazSHAZ
    Shazroul Fazlie Zahari
    Melayu
    20 tahun
    Kuala Lumpur


    nukilan, azhad, akademi fantasia, farhanFARHAN
    Nur Farhan bt Azizan
    Melayu
    22 tahun
    Kuala Lumpur


    nukilan, azhad, akademi fantasia, karenKAREN
    Karen Tan Lee Suan
    Cina
    21 tahun
    Kota Bharu, Kelantan


    nukilan, azhad, akademi fantasia, leezLEEZ
    Rosliza bt Rosli
    Melayu
    19 tahun
    Kuala Lumpur


    nukilan, azhad, akademi fantasia, liyaLIYA
    Lydia Iryani bt Mohamed Khairul
    Melayu
    21 tahun
    Bandar Baru Bangi, Selangor


    nukilan, azhad, akademi fantasia, lynnLYNN
    Mazlinda bt Mat Khalil
    Melayu
    24 tahun
    Shah Alam, Selangor


    nukilan, azhad, akademi fantasia, noraNORA
    Nordawati bt Daud
    Melayu
    20 tahun
    Sandakan, Sabah


    nukilan, azhad, akademi fantasia, salimaSALIMA
    Nor Salima bt Habibi
    Melayu
    18 tahun
    Ipoh, Perak


    nukilan, azhad, akademi fantasia, tashaTASHA
    Natasha bt Nordin
    Melayu
    24 tahun
    Seremban, Negeri Sembilan


    nukilan, azhad, akademi fantasia, velvetVELVET
    Velvet Lawrence Aduk
    Dusun
    19 tahun
    Penampang, Sabah


    nukilan, azhad, akademi fantasia, zilaZILA
    Nur Azilah bt Seeron
    Melayu
    18 tahun
    Jempol, Negeri Sembilan


    Technorati Tags: , , ,

    Posted by Azhad 18.5.06 0 comments

    Setiap tahun pada 16 Mei akan diadakan sambutan Hari Guru. Mereka yang masih belajar di sekolah menengah maupun sekolah rendah pastinya hari ini akan terlibat atau sekadar menonton berbagai acara yang diadakan. Bagi mereka yang telah meninggalkan alam persekolahan hari ini mungkin akan mengembalikan ingatan kepada peristiwa semasa di sekolah dahulu.

    Sudah pasti berbagai pengalaman dan ilmu yang diperolehi semasa sekolah menjadi nota-nota dalam lipatan sejarah setiap orang. Zaman sekolah adalah satu peringkat dalam kehidupan ini yang tidak kurang pentingnya dalam membentuk keperibadian seseorang. Peralihan dari peringkat kanak-kanak ke remaja berlaku semasa di sekolah menengah dan ketika inilah berbagai perubahan dari segi rohani dan jasmani akan berlaku. Pengaruh kawan, persekitaran, keluarga dan guru mempunyai peranan masing-masing dalam menentukan acuan diri seorang individu. Guru bukan sahaja berperanan dalam mendidik ilmu akademik tetapi juga sahsiah diri.

    Bila menyebut tentang guru kita sering terlupa siapa guru pertama kita. Guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah. Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Ini jelas seperti yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang - Guru Oh Guru

    Technorati Tags: ,, ,

    Posted by Azhad 16.5.06 0 comments

    azhad, keluarga, ibu
    Semalam adalah Ahad kedua bagi bulan Mei dan pada setiap tahun pada hari itu akan disambut Hari Ibu.

    Semalam bagi sebahagian wanita yang bergelar ibu adalah seperti hari-hari minggu yang lain. Mereka akan sibuk melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga tanpa ada rasa jemu atau bosan.

    Manakala sebahagian yang lain telah diraikan oleh anak-anak samada dibawa menjamu selera di restoran atau makanan yang dimasak sendiri oleh anak-anak di rumah. Ada juga yang menerima jambangan bunga, kek atau hadiah daripada anak-anak. Paling kurang pun mereka akan menerima ucapan Selamat Hari Ibu.

    Tidak kiralah bagaimana para ibu ini diraikan yang penting sebenarnya ingatan kita kepada ibu kita. Bukan saja terhad pada hari ibu sahaja tetapi pada setiap masa. Bukan wang ringgit atau hadiah yang menjadi ukuran tetapi ingatan dan masa yang dapat kita luangkan bersama ibu itulah yang paling bernilai.

    Bayangkan dari kita dilahirkan, ibu sentiasa mendakapkan dan bersama kita untuk mencurahkan rasa kasih sayang, memastikan segala keperluan kita dipenuhi dan hidup kita gembira. Apalah salahnya jika setelah kita remaja dan dewasa, kita pula memeluk dan mencium ibu kita dengan mesra. Jika tidak dapat setiap hari paling kurang pada hari-hari tertentu seperti hari raya, hari lahir dan hari ibu.

    Ingatlah dan luangkan masa untuk ibu sebelum terlambat.

    Technorati Tags: , , ,

    Posted by Azhad 15.5.06 0 comments

    azhad siti nurhaliza album transkripsi
    Album terbaru Siti Nurhaliza - Transkripsi telah dilancarkan dan boleh diperolehi dipasaran sekarang. Penerbit album ini terdiri daripada Siti Nurhaliza sendiri, Aubrey Suwito, Jenny Chin, Mac Chew, Yasin, Cat Farish, Firdaus Mahmud dan Damian VE.

    Senarai lagu dalam album ini;
    1. Biarlah Rahsia
    2. Bisakah
    3. Intrig Cinta
    4. Hati Berbisik
    5. Destinasi Cinta
    6. Pastikan
    7. Tanpa Dendam Di Hati
    8. Cuba Untuk Mengerti
    9. Bila Harus Memilih
    10. Hidup Penuh Bicara
    11. Rupanya Kita Serupa
    12. Impiankan Nyata
    13. Siti Situ Sana Sini

    Transkripsi : Maklumat lanjut tentang album Transkripsi.
    Lirik Lagu : Lirik lagu album Transkripsi.
    Ulasan Album : Ulasan dan komen berkenaan album ini.



    Blog dan akhbar yang ada membuat ulasan serta cerita tentang album Transkripsi;

    Sultanmuzaffar Transkripsi Siti Nurhaliza
    Klubbkidd Transkripsi
    Auramustika Kelainan amat ketara . . .
    FaizNordin Siti Nurhaliza - Transkripsi
    Mahane Zone Transkripsi
    Little Pixie Transkripsi
    Rem Transkripsi - swadaya @ sumbel

    mStar Album ke 11 penuh makna
    Harian Metro Transkripsi vokal terbaik Siti
    Harian Metro Siti tak mudah melatah
    Utusan Biarlah Rahsia kisah cinta Siti Nurhaliza
    Berita Harian Bayangkan barangan kita dicuri
    The Star Siti reveals her inner thoughts
    DetikHot Kumpulan perasaan hati Siti Nurhaliza

    Tag : ,

    Posted by Azhad 3.5.06 1 comments

    Pulau Pandan jauh ke tengah
    Gunung Daik bercabang tiga
    Hancur badan dikandung tanah
    Budi baik dikenang juga

    Harimau mati meninggalkan belang,
    manusia mati meninggalkan nama.

    Alllahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dalam kenangan;

    Berita Harian Ghafar Negarawan Tulen
    Berita Harian Sejarah Perjuangan Tun Ghafar Patut Dibukukan
    Utusan Watak Ahli Politik Serba Sederhana
    Utusan Disanjung Kawan Dihormati Lawan
    NST Tun Abdul Ghafar Baba (1925-2006)
    NST Tribute To Tun Abdul Ghafar Baba
    The Star Ghafar Baba - A Malaysia Leader Through And Through

    Tag : ,

    Posted by Azhad 24.4.06 1 comments

    Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Ghafar Baba berumur 81 tahun telah meninggal dunia hari ini 23 April 2006 bersamaan 24 Rabiulawal 1427 pada pukul 7.34 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Allahyarham akan dikebumikan di Makan Pahlawan, Masjid Negara selepas Asar.

    Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba.

    Al-Fatihah.

    Tag : ,

    Posted by Azhad 23.4.06 0 comments

    Waktu ketika itu pukul 12:30 tengahari. Sabri tergerak untuk singgah ke satu pusat permainan video di deretan rumah kedai berhampiran dua buah sekolah, satu sekolah rendah dan satu lagi sekolah menengah. Bila melangkah masuk ke dalam pusat tersebut, dia nampak ada beberapa murid yang masih beruniform sedang seronok bermain permainan video.

    "Kenapa awak benarkan budak-budak beruniform tu masuk ? Awak yang letak papan kenyataan tu dan sepatutnya melarang budak-budak tu masuk sini", tanya Sabri kepada tuanpunya pusat tersebut tetapi dia hanya membisu tanpa memberi sebarang reaksi.

    Walaupun begitu hatinya berdetik, "Aku peduli apa, lagi ramai yang masuk kat sini lagi bagus business aku".

    Sabri bergerak menghampiri salah seorang murid yang berada di situ.Kamal begitu asyik sekali bermain permainan video, dia terkejut bila bahunya dicuit oleh Sabri.

    "Kenapa pakcik?", tanya Kamal.

    "Buat apa di sini? Kenapa tak balik rumah lagi?" tanya Sabri pula.

    "Saya boringlah duduk di rumah, lagipun saja nak lepas tension lepas periksa tadi", terang Kamal sambil rasa geram kerana Sabri telah mengganggunya bermain.

    "Boleh bacakan di depan pintu masuk ada tanda peringatan menyatakan mereka yang beruniform sekolah tidak dibenarkan masuk", Sabri cuba mengingatkan Kamal.

    Kamal berdiri dan membuka baju sekolah yang dipakainya dan menyimpannya ke dalam beg. Dia sekarang cuma memakai t-shirt sahaja.

    "Oklah pakcik, saya sekarang tak pakai uniform sekolah lagi. Saya nak sambung main ni, jangan kacau saya!", Kamal berkata sambil terus duduk menyambung permainannya yang terganggu tadi tanpa memperdulikan Sabri lagi.Terpinga-pinga Sabri dengan tindakan Kamal itu. Kalau ikutkan hati pasti penamparnya dah singgah di pipi Kamal.

    Kisah ini diceritakan oleh Sabri di dalam mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah rendah.Kamal merupakan murid tahun enam ketika kejadian itu. Kini dia berada di dalam tingkatan satu dan sudahpun dalam perhatian pihak sekolah.Ini kerana baru 3 bulan di sekolah menengah dia sudah ditangkap merokok dalam kawasan sekolah.

    Sesuatu yang patut kita fikirkan Kamal mendapat 5A dalam peperiksaan UPSRnya, bagaimana seorang yang cemerlang dalam akademik mempunyai sahsiah diri sebegitu? Siapakah yang patut dipertanggungjawabkan dan dimanakah kepincangan sistem pendidikan dan institusi kekeluargaan kita hari ini?

    Tag : ,

    Posted by Azhad 20.4.06 2 comments

    Subscribe here