Advertlets telah mengiklankan bahawa mereka yang akan membayar RM50.00 kepada 300 orang blogger Malaysia yang menyertai dan membuat ulasan tentang perkhidmatan mereka. Menyahut iklan tersebut satu ulasan tentang Advertlets telah saya tulis pada 10 April yang baru lalu.
Sehari selepas itu saya telah menerima email daripada Josh Lim sendiri mengatakan mereka menyukai ulasan yang saya buat dan RM50.00 telah dikredit ke akaun saya. Ulasan tersebut boleh dibaca di sini.
Saya rasa kuota 300 orang blogger belum lagi dipenuhi jadi jika anda berminat untuk mendapat RM50.00 seperti saya, mendaftarlah dengan Advertlets.
Technorati Tags: nukilan, azhad, advertlets, blog, advert, malaysia
Tujuan utama MY List adalah untuk membantu semua blogger Malaysia mendapat pautan ke blog masing-masing dengan menyertai senarai ini. Semua blog berkaitan dengan apa juga topik dialu-alukan untuk menyertai usaha membantu rakan-rakan blogger Malaysia mendapat pendedahan dan ranking. Diharap pautan di antara blog ini akan dapat meningkatkan juga ranking semua blog di Page Rank dan Technorati selepas tamatnya projek ini pada 31 Mei 2007 kelak.Berikut adalah senarai blog yang telah menyertai MY List setakat ini;
My List Participants
[ Wood ] [ Earth ] [ Cheap ] [ Flight ]
COMtech
Ah Ling's blog
http://judychow.blogspot.com/
~WoOLaLA~
vivivava Design
My Mothering Corner
Shoppingmum’s Home Office
My Filling Station
Shopping Mum
All about Beauty
Shoppingmum and Kids
datotalrandommessy.grey
Notes from my heart
Joy Montessori
wahlau's online hut
Cedric’s Asylum
mott’s mutterings
Just My Thoughts
delephant
Incoherent Ramblings
HOT STUFF
Make Money Online with Malaysia Love AGLOCO
MONTESSORIMUM.COM
Funky Cookies
Earn Money Blogging
PabloPabla's Whatever
Make Money with Blogging
Paris Beaverbanks
Free Links Giveaway
Free Blogger Templates
Blogsreview.Net
Making a Living
5xmom
How to be a Better Blogger
My Women Stuff
Hochiak! Delicious Asian Food
Best Recipes
Champagne Tastes on a Beer Budget
Daryl's Discovery Journey
The fluff must go somewhere
Technorati Tags: nukilan, azhad, senarai, blogger, Malaysia, my list
Kamal : "Eh! Din! Kat mana kita nak makan ni?"
Sudin : "Mana-mana jela...."
Kamal : "Oklah kita makan kat restoran hujung tu. Din, sekarang jarang update blog, kenapa ye?"
Sudin : "Tak ada apa, cuma malaslah nak update."
Kamal : "Tapi dulu kau hampir tiap-tiap hari update blog, macam-macam cerita ada."
Sudin : "Memangla tapi sekarang dah hilang moodnya. Lagipun dah lebih 3 tahun aku menulis blog tapi hasil daripada iklan yang aku letakkan dalam blog tak cecah USD10 pun."
Kamal : "Oo macam tu kisahnya.... Memangla sebab blog kau dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Inggeris. Blog dalam Bahasa Melayu ni memamg susah sikit nak buat duit."
Sudin : "Ye la kot, lagipun kalau ada iklan yang keluar di blog aku tu banyak yang berasal dari negara luar dah memang pengiklannya dari sana nak buat macamana."
Kamal : "Kau ada dengar pasal Advertlets.com tak?"Sudin : "Apa? ad-vert-lets? Tak, tak pernah dengar, apa benda tu?"
Kamal : "Ini benda terhangat dikalangan blogger di Malaysia sekarang ni la!!"
Sudin : "Ye la ceritala apa ke benda ni..."
Kamal : "Ni sumber pendapatan untuk blogger dan platform untuk pengiklan yang khusus untuk mereka di Asia terutama di Malaysia. Ko nak tahu idea untuk buat Advertlets ini datang dari Josh Lim & Associates dan yang lagi bestnya mereka ni dari Malaysia!!"
Sudin : "Ala ini mesti sama dengan yang lain-lain aku dah join tu."
Kamal : "Kau silap, yang ni memang lain. Dengan Advertlets iklannya memang khusus kepada pembaca blog kau bukan sahaja bergantung kepada apa yang tulis dalam blog kau tu. Tak kiralah blog kau dalam Bahasa Melayu ke, China ke atau Inggeris."
Sudin : "Eh! Macam mana pulak tu?"
Kamal : "Itulah aku dah cakap memang lain Advertlets ni sebab maklumat pembaca blog kau dikumpul melalui undian di blog kau sendiri. Kemudian mereka juga boleh memberi komen tentang undian dan iklan yang disiarkan tanpa refresh atau meninggalkan blog kau. Berdasarkan maklumat yang terkumpul ni iklan di blog kau akan lebih menepati sasaran dan kau boleh buat duit."
Sudin : "Wah! Ini macam menarik je ni, lagi....?"
Kamal : "Sebab Advertlets ni dari Malaysia tentu lebih mudah untuk mendapatkan pengiklan dari sini dan juga Advertlets menggunakan Web 2.0 / AJAX dan sesuatu yang menarik lagi pembaca boleh menukar secara bergilir-gilir iklan yang disiarkan."
Sudin : "Kamal! Kau bagi alamat web dia."
Kamal : "http://www.advertlets.com/ ..... Eh! Ko nak ke mana pulak ni?"
Sudin : "Balikla.... apa lagi nak join Advertlets la!"
Kamal : "La.. kata nak belanja aku makan. Lagipun aku tak habis cerita lagi terutama tentang RM15,000 untuk 300 blogger Malaysia. Dan juga tentang Redzuan, Daren, Jimmy Chin, Mohd Ismail, Ikhwan Nazri, Elina, Stupe, LynnXuan dan lain-lain yang dah dapat duit dari Advertlets."
Sudin : "Takpe, lain kali je aku belanja kau. Takpe semua itu biar aku baca sendiri di Advertlets, bye!"
Kamal : "Oklah tapi bila dah dapat duit tu jangan lupa belanja aku tau!"
Sudin : "Ok.. ok..."
Technorati Tags: nukilan, azhad, advertlets, blog, advert, malaysia
Yin memakai baju kemeja kelabu berkotak dan seluar jeans biru ketika hilang kemungkinan tidak diculik berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan beliau berjalan keluar sendirian. Yin kelihatan bermain di tepi tangga bergerak di dalam kompleks tersebut ketika ibubapa beliau sibuk memilih pakaian. Rakaman CCTV selama 17 minit itu menunjukkan Yin menaiki tangga bergerak dan turun dari tingkat dua ke tingkat bawah, sebelum dilihat berjalan keluar seorang diri melalui pintu keluar menghala ke Jalan Raja Laut.
“Setiap kali mahu memejamkan mata, saya tertanya-tanya di mana Yin tidur malam ini. Bila nak menyuap nasi, saya teringat sama ada anak saya dah makan ke belum... saya berharap sesiapa yang menjaga Yin... pulangkan anak saya,” kata Nur Amizah, ibu Yin yang berumur 25 tahun.Menurut ibu Yin lagi , Yin seorang anak yang aktif tetapi tidak lancar bertutur. Yin bertutur pelat menyukarkan orang luar untuk memahaminya. Yin juga tidak pandai menjawab soalan jika ditanya. Walaupun begitu Yin amat berdikari, dia boleh memakai baju dan seluar sendiri selain pandai menjaga kebersihan diri. Dia juga berani dan tak takut orang asing
Sementara itu seorang pengarah urusan sebuah syarikat menyumbangkan RM6,000, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) RM2,000 dan Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, RM2,000. Tawaran hadiah wang tunai itu bagi mana-mana pihak yang menyerahkan Yin kepada pihak polis.
Orang ramai yang melihat atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin diminta menghubungi bapa Yin, Shamsul di talian 012-5090451 atau ibu Yin, Nor Amizah di 012-3749647. Anda juga boleh menghubungi Biro Aduan MCA di talian 03-21615678 atau Sivapriya di nombor 016-6962200 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Bersama-samalah kita berdoa agar Yin selamat dan segera dapat kembali kepangkuan keluarga beliau.
TERKINI : Yin Telah Dijumpai
Technorati Tags: nukilan, azhad, Muhammad Nazrin, Yin, Sogo, Hilang
Di Malaysia badan utama yang mengeluarkan sijil dan pengesahan halal adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kita boleh menyemak status halal sesuatu barangan itu di laman web e-Halal JAKIM. Di sini kita boleh pergi ke Direktori Halal untuk membuat semakan. Semakan boleh dilakukan samada dengan menggunakan nama syarikat, jenis barangan atau kod bar barangan itu sendiri.
Sementara itu jika kita tiada kemudahan internet terutamanya semasa sedang berada di pasaraya atau di kedai runcit, kita masih boleh menyemak status halal sesuatu barangan itu melalui sms. Apa yang diperlukan ialah menghantar teks HALAL Semoga dengan kemudahan ini dapat membantu kita memastikan segala makanan dan minuman yang kita ambil itu adalah halal, insyaAllah.
Technorati Tags: nukilan, azhad, agama, halal, jakim, sms
Kebaikan meraikan Maulidur Rasul ini jelas seperti mana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,"Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah"
Oleh itu bersama-samalah kita melapangkan masa untuk menghadiri majlis Maulidur Rasul di tempat yang berhampiran dengan kediaman kita. Jika kita mampu berduyun-duyun menjejakkan kaki ke pelbagai pesta dan sambutan majlis yang lain, apalah susahnya untuk menghadiri majlis yang pasti manfaatnya. Sekurang-kurangnya mungkin kita boleh mengadakan majlis memperingati keputeraan nabi terakhir yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala ini bersama keluarga di rumah, insyaAllah.
Maulidur Rasul 1428
Technorati Tags: nukilan, azhad, agama, islam, maulidur rasul
Beliau akan meredah laluan sejauh 100 kilometer dari Last Degree 89 darjah utara ke paksi bumi 90 darjah utara. Ekspedisi di Kutub Utara ini berbeza daripada di Kutub Selatan dahulu kerana di Kutub Utara sebenarnya tiada daratan cuma lautan semata-mata. Ini bermakna beliau akan berjalan di atas bongkah ais dan ada ketika terpaksa berenang untuk ke bongkah ais berikutnya.
Di samping itu di antara cabaran yang akan dilalui oleh beliau ialah Dense Fog iaitu apabila persekitaran menjadi terlalu putih sehingga menyukarkan penglihatan dan The Phenomenon iaitu lingkaran cahaya dan habuk yang boleh menyebabkan whiteouts. Whiteouts merujuk kepada ribut salji yang menghilangkan keupayaan melihat kawasan sekitar.
Terdapat juga cabaran Black Skies iaitu bayang-bayang di langit yang boleh membiaskan fatamorgana dan mencipta ilusi sehingga menyangka nampak benda-benda yang tidak wujud di situ. Beliau juga ada kemungkinan akan dihanyutkan oleh bungkah ais jauh daripada laluan asal atau berhadapan dengan bungkah ais yang membukit tingginya.
Beliau juga telah belajar menembak kerana akan membawa bersama pistol Magnum 44 bagi melindungi diri daripada kemungkinan serangan beruang kutub yang mempunyai ketinggian dalam lingkungan 9 kaki.
Walaupun begitu berkat latihan lebih daripada 2 tahun beliau yakin dan cekal untuk memulakan ekspedisi ke Kutub Utara yang dijangka mengambil masa 2 minggu. Di dalam ekspedisi ini, beliau juga akan menguji formula psikologi ciptaannya MEPS Concept dan menguji keberkesanan penggunaan pil kacip fatimah untuk kesihatan jantung.
Pada penghujung tahun 2004, beliau telah berjaya menjejakkan kaki ke Kutub Selatan apabila merentasi Antartika sejauh 1,127 kilometer dengan mengambil masa 22 hari. Ini mengatasi rekod yang dipegang oleh seorang lelaki warga Britain yang telah melalui ekspedisi yang sama selama 24 hari.
InsyaAllah bila misi kutub ke kutub ini berjaya, Datin Paduka Sharifah Mazlina akan menjadi wanita Asia pertama berjaya menjelajah kedua-dua Kutub Utara dan Kutub Selatan. Didoakan beliau akan berjaya melaksanakan misi ini.
Perkembangan semasa dan latar belakang tentang ekspedisi ini boleh diperolehi dari laman web Misi Kutub Ke Kutub.
TERBARU : Sharifah Mazlina Berjaya!
Technorati Tags: nukilan, azhad, sharifah mazlina, malaysia, kutub utara, kutub selatan
Hari ini 20 Mac 2007, genaplah 4 tahun Iraq ditakluk tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Ketika itu alasan utama Amerika Syarikat ialah untuk menghapuskan senjata pemusnah yang didakwa dimiliki oleh Iraq. Walaupun begitu sehingga kini tiada satu pun senjata pemusnah yang dijumpai walaupun seluruh negara Iraq telah digeledah.
. . Iraq semakin musnah selepas ditakluk . .
Sebaliknya peperangan ini telah menyebabkan beribu-ribu kematian dan kemusnahan teruk kepada negara Iraq. Jelas tentera penceroboh menipu apabila mengatakan keadaan negara Iraq adalah berada dalam keadaan terkawal. Sebaliknya negara Iraq sekarang jauh lebih teruk berbanding semasa zaman pemerintahan Saddam Hussein.Ketika Saddam Hussein berkuasa dahulu dia didakwa menjalankan pemerintahan kuku besi. Walaupun begitu secara amnya rakyat Iraq ketika itu dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna berbanding sekarang. Malah kematian Saddam Hussein langsung tidak membawa sebarang penyelesaian kepada konflik di Iraq. Pihak Shia dan Sunni terus bertelagah sedangkan di masa yang sama negara barat dengan rakusnya menyedut sumber alam Iraq untuk kegunaan mereka.
Jelas sekali peperangan ini sengaja diwujudkan oleh Amerika Syarikat bersama sekutunya untuk mengaut hasil bumi Iraq. Kini Amerika Syarikat dan negara sekutunya merancang untuk menyerang negara Iran pula.
Technorati Tags: nukilan, azhad, iraq, peperangan, saddam hussein, Amerika Syarikat
Bagi peperiksaan SPM daripada 358,872 orang calon sekolah kerajaan yang menduduki peperiksaan ini, seramai 4,311 (1.2%) pelajar mendapat semua A dalam semua matapelajaran berbanding 4,779 (1.2%) pada tahun 2005. Dari jumlah tersebut 918 (0.3%) orang pelajar mendapat A1 dan 945 (0.2%) orang pelajar dalam tahun 2005.
Sementara itu bagi peperiksaan STPM pula daripada 73,690 orang calon, seramai 34 (0.046%) orang pelajar mendapat prinsipal A dalam semua matapelajaran berbanding 20 (0.025%) orang pelajar daripada 81,142 calon tahun 2005. Pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 ialah seramai 503 orang pelajar berbanding 447 orang pelajar pada tahun 2005.
Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Walaupun begitu mereka yang lain tidak perlu merasa hampa kerana kecemerlangan dalam akademik sahaja tidak menjanjikan masa depan yang baik. Keputusan yang cemerlang hanya boleh membantu dan memudahkan kita untuk berjaya. Faktor yang lebih utama ialah kesungguhan, kecekalan dan sikap tidak berputus asa dalam membuat sesuatu.
Tambahan pula kecemerlangan akademik tidak sepatutnya menjadi sasaran utama tetapi kecemerlangan secara menyeluruh patut diberi perhatian. Perkara ini pernah disentuh sebelum ini di Cemerlang dan Cemerlang?
Semoga anda semua akan berjaya dalam apa jua usaha yang akan dilakukan selepas SPM dan STPM ini.
Technorati Tags: nukilan, azhad, peperiksaan, spm, stpm
Pada 24 Februari 2005, saya telah menonton filem Sepet pada hari pertama tayangannya di panggung. Manakala pada 31 Mac 2006 pula atas jemputan Digi saya telah berpeluang juga menonton filem Gubra bila pertama kali ditayangkan kepada umum. Manakala Mukhsin pula akan mula ditayangkan pada 8 Mac ini.
Mukhsin telah memenangi dua anugerah di Festival Filem Antarabangsa Berlin dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Tokyo. Beberapa festival filem antarabangsa yang lain juga telah menjemput Mukhsin untuk menyertainya.
Kalau ingin tahu berkenaan filem terbaru Yasmin Ahmad ini sila kunjungi laman blog beliau yang ada menceritakan tentang Mukhsin;
... Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin ...
Mukhsin on Majalah 3Two quick glimpses of Berlin
Schedule for Mukhsin in Berlin
Trailer for Mukhsin
Faridul Anwar Farinordin on Mukhsin
In Berlin and In Competition
Notes on the 19th Tokyo International Film Festival
Alhamdulillah and thank you, Andy Lau!
This is an announcement of its arrival
In Praise of Mongrels
The Poster
And now for the tagline
My First Love Story
Off to shoot Mukhsin
Mukhsin confesses to his guardian aunt
Orked and Mukhsin
Mukhsin
Di samping itu baca juga penulisan di beberapa laman blog dan akhbar berkenaan filem Mukhsin;
Adi Luqman - If You Go Away..Ne Me Quitte Pas..
Budiey - Sekitar Pra Tonton Filem Mukhsin
Budiey - Filem Mukhsin: Kemegahan atau Kejelikan?
Fadz - Mukhsin: Masterpiece Muhibah Yasmin Ahmad
Fiebierossa - Mukhsin: The Review
Kash - Mukhsin: Indahnya Yasmin Bercerita!
Klubbkidd - Mukhsin: The Preview
Mr Manager - Mukhsin: The Premiere
Muteaudio - Mukhsin: The Poetry Behind Seluar Dalam
Penglipurlara - Mukhsin: Pengembaraan Emosi
Sultanmuzaffar - Mukhsin Bermula Dengan Kejayaan
Ted - Scoop Mukhsin Press Preview
Utusan
Gara-gara Mukhsin
Belajarlah Hayati Kejayaan (Kuseman)
Mukhsin Rangkul Anugerah Filem Antarabangsa Berlin
Mukhsin ke Festival Filem Berlin
Mukhsin Lulus LPF
Gubra, Mukhsin ke Festival Filem Tokyo
Karyawan filem tidak berjihad ke arah kebaikan
Yasmin harap Mukhsin tidak cetus kontroversi
Karya terbaru Yasmin kekalkan watak Orked
mStar
Filem Mukhsin lulus 100%
Yasmin ralit bercerita dalam Mukhsin
Mukhsin picks up two awards at Berlin film fest
Syafie masih naif pasal cinta
Aryana buat Amani menangis
TheStar
Doing the nation proud
Mukhsin gets call up for prestigious film festival
Kita tunggu apa reaksi orang ramai apabila filem ini mula ditayangkan pada 8 Mac ini. Filem-filem Yasmin yang terdahulu, Sepet dan Gubra telah mendapat maklum balas yang berbeza-beza dan menimbulkan beberapa kontrovesi. Bagaimana pula dengan Mukhsin? Saksikanlah sambil menyelami diri sendiri dalam filem ini dan barulah Mukhsin dihakimi. Selamat menonton.......
Technorati Tags: nukilan, azhad, filem, mukhsin, gubra, sepet, yasmin
Domain azhad.com telah berjaya didaftarkan baru-baru ini. Memandangkan adanya kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri, maka azhad.blogspot.com telah ditukar kepada blog.azhad.com. Oleh itu diharap para pembaca dapat mengemaskini bookmark masing-masing. Walaupun begitu jangan risau azhad.blogspot.com masih boleh membawa pembaca ke sini.
Pada mulanya memang tidak ada cadangan untuk mendaftarkan domain azhad ni. Semuanya bermula apabila salah seorang pembaca blog ini bertanya tentang bagaimana untuk mempunyai laman web sendiri.
blog.azhad.com
Semasa membantu memberi jawapan kepada beliau, saya telah membaca tentang kemudahan yang disediakan oleh Blogger untuk menggunakan domain sendiri dan kemudahan email, kalendar dan dokumen yang disediakan oleh Google untuk domain sendiri. Memandangkan begitu mudah untuk mendaftar domain dan menggunakan kemudahan tersebut, azhad.com terus didaftarkan.Technorati Tags: nukilan, azhad, internet, domain, blogger, google
Baru-baru ini Gmail juga telah memperkenalkan perkhidmatan membuka email selain dari Gmail dari akaun Gmail anda. Anda boleh membuka dan menghantar email dari lima akaun email yang berbeza dari satu akaun Gmail. Di samping itu anda juga boleh mengunakan semua fungsi GMail untuk kelima-lima akaun email itu. Walaupun begitu hanya email yang menyokong capaian POP sahaja boleh digunakan.Sementara itu pernah tak anda tertanya-tanya daripada mana pengirim email spam mendapat alamat email anda? Biasanya bila hendak mendapatkan sesuatu perkhidmatan di internet anda perlu mendaftar dan memberi alamat email anda. Kini dengan GMail anda boleh menanda alamat email anda dengan menambah "+tanda" di alamat email.
Contohnya jika alamat email anda contoh@gmail.com, anda tulis contoh+azhad@gmail.com. Bila anda menerima email ia akan tertera dihantar ke contoh+azhad@gmail.com dan ini menunjukkan ianya dari alamat email yang ada beri di laman web azhad.
Sila kunjungi laman web Gmail untuk maklumat lanjut dan mendapatkan akaun email anda.
Technorati Tags: nukilan, azhad, internet, gmail, email
Hari ini 14 Februari sudah pastinya harga bunga ros akan jauh lebih mahal daripada hari-hari biasa. Begitu juga dengan pakej-pakej istimewa yang disediakan oleh kebanyakan restoran dan hotel. Tidak ketinggalan juga radio dan tv menyiarkan rancangan istimewa bersempena dengan Hari Valentine atau Hari Mengingati Kekasih ini. Setiap tahun pada hari ini ramai pasangan kekasih akan meraikannya.
Pada hari ini, bunga ros dan kadang-kadang berserta hadiah seperti coklat akan diberi kepada pasangan masing-masing. Di samping itu ada juga yang pergi makan malam bersama. Paling kurang pun ucapan sayang akan dilafaz atau dinyatakan melalui sms, email atau kad pada tanggal 14 Februari ini. Semua ini adalah untuk menzahirkan perasaan hati kepada pasangan yang disayangi.
Berikut disenaraikan beberapa penulisan yang berkaitan dengan persoalan di atas;
Catatan Pendita Perayaan Valentine’s Day Atau Hari Kekasih
Al-Islahonline Pandangan Islam Terhadap Hari Valentine
Utusan Malaysia Murtad Sambut Hari Kekasih
Utusan Malaysia Haram Sambut Hari Kekasih
Mutiara Hati Valentine's Day, Apa Pandangan Islam?
Dunia Hatiku Sambutan Yang Mengarut!
Wadah Wanita Islam Usah Terperangkap Jerat Cinta Valentine
Jabatan Mufti Negeri Selangor Hukum Menyambut Valentine's Day
Mohd Hariri Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam
Catatan Pendita Haram Menyambut Hari Kekasih
Sesudah membaca penulisan di beberapa laman web di atas, persoalan tentang hari Valentine akan terjawab atau mungkin timbul pula beberapa kemusykilan lain. Bagaimana pula dengan perayaan Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas?
Lihat juga video penjelasan ringkas daripada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah berkenaan beberapa versi sejarah munculnya Hari Valentine dan kenapa ia adalah haram untuk umat Islam menyambutnya di Sambut Hari Kekasih Haram.
Walau apapun sama-samalah difikirkan dan fahamilah nas dan hujah yang diberikan supaya tidak silap meletakkan pendirian diri. Di samping niat yang betul bila melakukan sesuatu itu.
Technorati Tags: nukilan, azhad, agama, kekasih, valentine
Rancangan tv realiti Akademi Al-Quran atau AQ musim kedua telah memulakan pencarian para pesertanya. Uji bakat Akademi Al-Quran ini akan dimulai dari negeri Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan akhir sekali di Terengganu. Mereka yang beragama Islam dengan umur di antara 15 hingga 25 tahun layak menyertai uji bakat ini. Hanya 12 orang peserta akan dipilih untuk ke Akademi Al-Quran sama seperti tahun lepas.
Objektif rancangan Akademi Al-Quran ini bukan sahaja mencari qari atau qariah terbaik, malah untuk mendidik generasi akan datang dalam meningkatkan kualiti bacaan al-Quran secara tananum dengan bimbingan dari mereka yang pakar dalam bidang tajwid dan qiraat. Di dalam Akademi Al-Quran bukan sahaja para peserta dapat mendalami ilmu al-Quran malah para penonton juga dapat berkongsi ilmu tersebut melalui penerangan dan bimbingan tenaga pengajar dan juri.
Abdullah Fahmi Che Nor @ Shukri yang menjuarai Akademi Al-Quran musim pertama kini sedang menuntut di Mesir dalam pengkhususan qiraat. Beliau akan berada di sama selama 7 tahun. Tempat kedua disandang oleh Amirahman Abas dan tempat ketiga ialah Azrael Abdul Hak. Menurut laporan AC Nielsen Media Research rancangan Akademi Al-Quran yang disiarkan di TV9 tahun lepas telah berjaya meraih bilangan penonton sehingga mencecah 1.1 juta orang. AQ musim kedua dengan 13 episod akan memulakan siarannya pada 5 April ini. Empat episod yang pertama akan menyiarkan rakaman semasa sesi uji bakat dan bakinya disiarkan secara langsung.
Berikut adalah jadual uji bakat Akademi Al-Quran 2;
| TARIKH | LOKASI |
| 10 & 11 Februari | Dewan Institut Tadbiran Islam (Intim) Ipoh, Perak |
| 13 & 14 Februari | Dewan Warisan Kangar, Perlis |
| 16 & 17 Februari | Dewan Insaniah Alor Star, Kedah |
| 19 & 20 Februari | Dewan Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan |
| 22 & 23 Februari | Dewan Jabatan Agama Islam Pahang, Kuantan, Pahang |
| 26 & 27 Februari | Kompleks Islam, Johor Bahru, Johor |
| 1 & 2 Mac | Dewan Masjid Al-Azim, Melaka |
| 4 & 5 Mac | Dewan Institut Tahfiz Quran Gemencheh, Negeri Sembilan |
| 7 & 8 Mac | Dewan Darul Quran Kuala Kubu Baru, Selangor |
| 17 & 18 Mac | Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang |
| 22 & 24 Mac | Perkampungan Hadhari 2007, Pulau Duyung, Terengganu |
Technorati Tags: nukilan, azhad, agama, islam, akademi al-quran
Minggu ini sedang berlangsungnya Le Tour De Langkawi. Kejohanan lumba basikal kali ke 12 ini telah bermula pada 2 Februari di Langkawi dan akan berakhir pada 11 Februari di Kuala Lumpur. Sebanyak 22 pasukan bertanding dalam kejohanan kali ini yang mengandungi 10 peringkat perlumbaan.
Malaysia diwakili oleh Pasukan Berbasikal Le Tua yang diketuai oleh Anuar Manan, Pasukan Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Suhardi Hassan dan Pasukan Pembangunan MNCF yang diketuai oleh Amir Mustafa. Kontijen Malaysia ini terdiri daripada 18 orang atlit.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan keputusan terkini perlumbaan sila rujuk di laman web rasmi Le Tour De Langkawi.
Technorati Tags: nukilan, azhad, sukan, basikal, le tour de langkawi


New Straits Times Press (Malaysia) Berhad dan beberapa orang pekerja kanannya, Syed Faizal Syed A.R.Albar (Chief Executive Officer), Kalimullah Masheerul Hassan (Deputy Chairman), Hishamuddin Aun (Group Editor in Chief) dan Brenden John a/l John Pereira (bekas Group Editor) telah menyaman dua orang blogger iaitu Ahirudin Atan pengendali Rocky's Bru dan Jeff Ooi pengendali Screenshots.
... Bloggers United dan Walk With Us diwujudkan ...
Perkara ini telah disahkan oleh Ahirudin Atan dan Jeff Ooi di blog masing-masing. Berbagai pihak dan individu telah membantah tindakan menyaman ini dan memberi sokongan kepada kedua-dua blogger tersebut. Kes ini amat menarik sekali kerana ianya akan menjadi landasan untuk menentukan tahap kebebasan menulis dan memberi pandangan yang boleh disuarakan oleh rakyat Malaysia. Di samping itu adakah saluran blogger akan disekat daripada menyampaikan berita dan cerita yang tidak dilaporkan oleh penerbitan arus perdana. Hanya masa akan menentukannya.Ketika ini dua laman blog telah diwujudkan untuk melaporkan perkembangan perkara ini iaitu Blogger United dan Walk With Us. Pada masa yang sama kempen untuk memboikot suratkhabar terbitan NSTP telah dilancarkan oleh Shieh di Kickdefella. Sementara itu kedua-dua blogger terbabit juga sedang menyiapkan kes mereka melalui peguam masing-masing.
Berikut adalah kenyataan rasmi daripada Bloggers United;
This is the official statement of Bloggers United. This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also Susan Loone.
BLOGGERS UNITED CONDEMN ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMAND LEVEL PLAYING FIELD in ALL ACTION AGAINST BLOGGERS
We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.
The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.
The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.
What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.
As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.
Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.
If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.
The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.
We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.
For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com
Updated @ 24 May 2007
Pada 19 Mei 2007 yang baru lalu satu perjumpaan rasmi Bloggers United Malaysia telah diadakan di Lake View Club, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Laman blog BUM2007 mempunyai ceritanya.
Technorati Tags: nukilan, azhad, nst, saman, rocky's bru, screenshots, bloggers united
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1428.
Tag : nukilan, azhad takwin islam hijrah





























