Kakak Sharlinie, Sharliena dan Nur Fatiha yang telah diculik sebelum ini telah dibawa ke Unit Perlindungan Kanak-kanak, Bukit Aman untuk diambil keterangan lanjut daripada mereka. Mereka akan disoal untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kes kehilangan Sharliena dan penculikan Nur Fatiha. Kaedah yang sesuai dengan usia dan perwatakan mereka akan digunakan untuk mendapatkan maklumat.

Sebelum ini Sharliena menyatakan adiknya hilang semasa sedang bermain di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Selepas itu dia memberitahu Sharliena hilang semasa dalam perjalanan balik daripada taman permainan ke rumah. Kemudian Sharliena menceritakan pula bahawa adiknya dibawa lari oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta berwarna hitam.

Menurut Sharliena dia nampak adiknya dipegang oleh seorang perempuan dan menariknya ke kereta berwarna hitam. Adiknya telah menjerit dan meronta-ronta tetapi dia tidak sempat berbuat apa-apa selain balik memberitahu emaknya di rumah.

Walau bagaimanapun Mohd Nashar menafikan laporan bahawa Sharlinie dilarikan oleh seorang perempuan berkereta hitam. Ini berdasarkan semenjak hari kejadian sehingga kini, cerita yang lebih tetap daripada Sharliena ialah semasa dia sedang berbasikal tiba-tiba Sharlinie hilang daripada pandangan ketika dia menoleh ke belakang. Apabila tiba di rumah pula Sharliena bertanya ibunya samada adiknya Sharlinie dah balik atau belum.

“Sekali lagi saya merayu pihak media supaya jangan mengeluarkan kenyataan dan laporan yang tidak tepat yang boleh menjejaskan usaha mencari anak saya,’’ pinta Mohd Nashar.

Sementara itu menurut ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, anaknya mengidap penyakit asma semenjak kecil dan perlu mengambil ubat 3 kali sehari dan ada kalanya terpaksa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, turut datang melawat rumah keluarga Sharlinie untuk memberi sokongan moral dan berkongsi pengalaman. Beliau juga merasa terkejut dengan dua kejadian berturut-turut di Taman Medan melibatkan Sharlinie dan Nur Fatiha Zaidi dalam tempoh 24 jam.

Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 12.1.08

1 Responses to Sharliena Dan Nur Fatiha Di Bukit Aman

  1. Angel17 Says:
  2. Very well-said. I enjoy reading this blog.
    jet charter san diego

     

Post a Comment

Subscribe here