Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. Pada masa itu Sharlinie memakai baju tanpa lengan berbelang biru muda dan putih dengan skirt pendek berwarna biru muda serta berselipar merah jambu.


Kakak mangsa, Sharliena menunjukkan gambar adiknya, Sharlinie yang hilang sambil diperhatikan oleh ibu bapanya, Suraya Ahmad dan Mohd. Nashar Mat Hussain pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, semalam. (Gambar: Utusan)

Sharlinie yang berketinggian 3 kaki 2 inci, bertubuh kecil, berwajah bulat, berkulit sawo matang dan berambut pendek paras telinga merupakan anak bongsu dari tiga orang adik beradik. Menurut ibu Sharlinie, Suraya Ahmad 28 tahun, Nini berjalan kaki mengikuti kakaknya Sharliena yang menunggang basikal ke taman permainan. Sharliena hanya menyedari kehilangan adiknya bila mereka hendak pulang ke rumah.

Bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussien 29 tahun bersama-sama jiran telah mencari anaknya di seluruh kawasan sekitar dan membuat pengumuman di masjid. Laporan polis telah dibuat bila Sharlinie masih tidak dijumpai. Mereka telah tinggal di kawasan tersebut selama 2 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamad meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi balai polis berhampiran atau hubungi terus ibu mangsa Suraya di 016-2709096 atau bapa mangsa Mohd Nashar di 016-2583450.

Sumber : Bernama

Berkaitan;
*Lelaki Kucing Diburu
*Sharlinie Di Bukit Aman
*Penduduk Nampak Lelaki Kucing
*Suspek Lelaki Kucing Ditahan

Technorati Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 10.1.08

11 comments

  1. Anonymous Says:
  2. saya memang sedih untuk sharlinie . saya akan berdoa untuk dia... semoga dia selamat.

     
  3. aja/nadhrah Says:
  4. Moga adik sharlinie selamat ditemui.

     
  5. Azhad Says:
  6. InsyaAllah semuanya akan selamat.

     
  7. nisa Says:
  8. Ya..Allah ya tuhan ku, selamatkan adik Sharlinie dan kembalikan dia kepangkuan ibubapanya. Hanya pada mu lah kami memohon. Ya Allah kau berilah balasan yang setimpal kepada manusia yang berhati binatang itu. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui. Amin. Kepada keluarga Sharlinie banyakkan berdoa dan sembahyang hajat supaya sharlinie dikembalikan dalam keadaan sepertimana dia di ambil. kami akan sama-sama mendoakan keselamatan sharlinie.

     
  9. Semoga sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga. saya sentiasa mendoakan supaya sharlinie kembali ke pangkuan keluarganya. Ya Allah, kembalikanlah sharlinie yang tidak berdosa ke pangkuan keluarganya. AMIN.

     
  10. Azhad Says:
  11. Amin.... insyaAllah.

     
  12. amira Says:
  13. Saya yakin adik comel, Sharlinie dalam keadaan selamat. Setiap hari saya mendoakan kesejahteraannya. Naluri saya mengatakan bahawa dia akan pulang dalam keadaan selamat kepada keluarganya. Saya yakin pihak berkuasa pasti dapat menyelesaikan kes ini. Kepada keluarganya, saya harap mereka tabah menanti kepulangan Sharlinie.Allah pasti melindunginya... Kepada penculiknya, pulangkan sharlinie kerana dia bukan hak anda..Ingatlah bahawa apa saja kejahatan yang anda lakukan pasti akan dibalas kerana ALLAH maha ADIL

     
  14. amira Says:
  15. Saya yakin adik Linie selamat. Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan adik Linie. Kepada keluarganya, berdoalah semoga dia akan ditemui. Setiap hari saya berdoa pada Allah moga-moga dia dilindungi. Namun, naluri saya berkata, beliau dalam keadaan selamat dan akan kembali kepada keluarganya. Saya yakin pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan dan kepada penculiknya...pulangkanlah dia kepada keluarganya, dia bukan hak anda..bayangkan jika hak anda diambil, apa perasaan anda. Tapi percayalah, setiap kejahatan yang dilakukan, pasti ianya akan berulang kepada diri kita kembali satu hari kelak. ALLAH maha ADIL...

     
  16. Azhad Says:
  17. InsyaAllah, Sharlinie akan dijumpai dan penjenayah terbabit berjaya ditangkap.

     
  18. mimi Says:
  19. terkilan dengan sikap "perempuan" zaman sekarang yg tak layak digelar seorang ibu..anaknya jadi mangsa kekejaman ibunya sendiri bersama teman lelakinya..astafirullahalazim..binatang pun tahu sygkan anak..

     
  20. Azhad Says:
  21. mimi,
    ye mmg betul

     

Post a Comment

Subscribe here