Pada 13 Julai 2007 yang lalu sebuah helikopter Nuri atau Sikorsky S-61 ataupun H-3 Sea King kepunyaan Tentera Udara DiRaja Malaysia telah hilang semasa dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan. Lima hari kemudian pesawat Nuri itu telah dijumpai bersama-sama dengan kesemua anggota TUDM yang turut terkorban dalam nahas tersebut.
Foto : Berita Harian
Kapten(U) Nor Azlan Termuzi 29 tahun, Kapten(U) Nor Intan Asykeen Mohd Arof 27 tahun, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin 34 tahun, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin 35 tahun, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias 28 tahun dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad 27 tahun telah pun selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing. Semenjak pesawat Nuri ini digunakan oleh TUDM dari tahun 1968 sebanyak 18 kemalangan yang dilaporkan dengan mengorbankan seramai 101 orang.
Kaum keluarga dan sahabat handai kepada 6 anggota yang terkorban tentu merasa kehilangan dengan pemergian secara mengejut ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Saya sendiri pernah mengalaminya apabila seorang daripada adik saya telah terkorban dalam satu kemalangan kapalterbang. Begitu juga pengalaman dengan laporan berita yang kurang tepat oleh pihak media semasa peristiwa itu juga telah kami alami.
Setiap yang hidup pasti akan mati, kita yang masih bernyawa ini juga akan menyusul mereka yang terdahulu. Segala tentang mereka yang telah mengadap yang maha Esa ini akan tinggal kenangan dan satu lipatan sejarah kehidupan kepada yang masih hidup. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya dan yakinlah dengan ketentuanNya.
Technorati Tags: nukilan, azhad, tudm, helikopter, nuri, kemalangan
Anuar Hasin pemuda berusia 23 tahun dari Perak telah diumumkan sebagai Juara Akademi al-Quran musim kedua. Ini merupakan percubaan beliau kali kedua dan ternyata usaha serta kesungguhan beliau telah membuahkan hasil. Anuar telah mengalahkan lima peserta akhir lain dalam pertandingan akhir yang dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sementara itu Mohamad Hafas Ali dari Terengganu telah mendapat tempat kedua dan Mohd Muslim Ali dari Wilayah Persekutuan pula tempat ketiga. Tiga lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Mohd Mawardi Jamaludin dari Kedah, Hanimzah Jalaluddin dari Pahang dan Nor Faizah Panut dari Selangor.
Anuar Hasin Juara AQ2
Anuar yang menjadi juara membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 serta barangan elektrik bernilai RM20,000. Mohamad Hafas sebagai naib juara menerima wang tunai RM20,000 serta barangan elektrik bernilai RM5,000 dan Mohd Muslim di tempat ketiga mendapat wang tunai RM10,000 dan barangan elektrik bernilai RM3,000.
Satu hadiah tambahan telah diberikan kepada juara, naib juara dan temapat ketiga iaitu pakej mengerjakan umrah yang setiap satu bernilai RM6,000.
Semoga Akademi al-Quran ini akan dapat menarik minat lebih ramai remaja untuk mendekati al-Quran serta mengamalkan isi kandungannya.
Technorati Tags: nukilan, azhad, al-quran, akademi al-quran
Akademi al-Quran musim 2 telah pun sampai ke peringkat akhir. Seramai 6 orang peserta telah telah terpilih ke peringkat akhir daripada 9 orang peserta di peringkat separuh akhir. Pada musim kedua Akademi al-Quran ini seramai 16 orang peserta telah berjaya melayakkan diri setelah sessi uji bakat yang diadakan di 11 lokasi di seluruh negara. Pada musim pertama dulu hanya 12 orang sahaja yang dipilih.
Akademi al-Quran 2 peringkat akhir akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 Julai 2007. Mereka yang akan memperdengarkan bacaan al-Quran pada malam tersebut ialah;
- Anuar Hasin, 23 tahun
- Mohamad Hafas Ali, 25 tahun
- Mohd Muslim Ali, 21 tahun
- Mohd Mawardi Jamaludin, 18 tahun
- Hanimzah Jalaluddin, 25 tahun
- Nor Faizah Panut, 18 tahun
Johan Akademi al-Quran 2 akan menerima hadiah wang tunai RM30,000, barangan elektrik bernilai RM20,000 dan trofi berbentuk kitab al-Quran diperbuat daripada kristal. Naib johan pula akan menerima wang tunai RM20,000 serta barangan elektrik bernilai RM5,000 manakala tempat ketiga menerima wang tunai RM10,000 berserta barangan elektrik bernilai RM3,000.
Sementara itu jika ingin membaca atau mendengar al-Quran secara online bolehlah pergi laman web Holy Quran, IslamCity-Holy Quran atau Quran Explorer. Bagi mereka yang berminat untuk belajar qiraat dan tarannum secara online dan percuma pula boleh mendapatkannya di Panduan Tarannum dan Qira'at Kelas Kemahiran Al-Quran.
Technorati Tags: nukilan, azhad, al-quran, akademi al-quran, qiraat, tarannum
Enam bulan sudah berlalu bagi tahun 2007 dan mereka yang masih bersekolah dan akan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) masanya sudah semakin hampir. Ketika ini sudah pasti semakin rancak persediaan yang dilakukan untuk menyiapkan diri.
UPSR akan berlangsung dari 3 sehingga 5 September. PMR pula dari 1 sehingga 5 Oktober. Manakala SPM bagi ujian amali akan dijalankan dari 24 sehingga 26 September dan ujian bertulis dari 12 November sehingga 5 Disember. Sementara itu bagi STAM ujian lisannya akan diadakan dari 16 sehingga 20 Julai dan dari 23 sehingga 27 Julai. Ujian bertulis untuk STAM pula adalah dari 22 sehingga 24 Oktober dan dari 29 sehingga 30 Oktober.
Bagi membantu menambahkan persiapan kepada peperiksaan-peperiksaan ini, para pelajar boleh juga mengunjungi beberapa laman web yang menyediakan soalan-soalan latihan dan panduan belajar secara percuma. Di antaranya ialah MyGfL, mySchoolNet, Portal Pendidikan Utusan, Web Sekolah Berita Harian dan Cikgu iBank.
Didoakan kepada semua yang akan menduduki peperiksaan akan berjaya dengan cemerlang.
Technorati Tags: nukilan, azhad, peperiksaan, UPSR, PMR, SPM, STAM
Bulan lepas kita telah meraikan Hari Ibu dan pada hari ini pula tiba giliran kita meraikan golongan bapa pula. Walaupun begitu sambutan Hari Bapa ini agak kurang sedikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu dulu. Tidak mengapalah asalkan kita tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa kita. Mungkin dengan sekadar ucapan ringkas pada hari ini dapat mengukir senyuman di bibir bapa kita.
Salah satu sebab mengapa anak-anak kurang rapat dengan bapa mungkin kerana cara didikan di peringkat awal. Biasanya bapa digambarkan sebagai satu simbol kuasa dan hakim dalam menjatuhkan hukuman. Misalnya kita biasa dengar ungkapan, "Nanti emak beritahu ayah", "Tunggula... bila bapak kau balik nanti", "Biar.... nanti ayah marah baru tahu" dan seumpamanya. Ini menyebabkan seorang ayah itu dilihat secara negatif. Pada keadaan tertentu seorang anak mungkin mendendami ayahnya.
Seorang bapa itu patut dihormati bukan ditakuti dan sebagai anak kita patut menerima bapa kita seadanya. Dia juga seorang manusia yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Sebagai bapa pula mestilah pandai menyesuaikan diri dengan keperluan dan keadaan semasa mendidik anak-anak. Adakala seorang bapa itu perlu bertegas dan menghukum tetapi ada ketikanya mesti bersedia untuk mendengar dan berbincang. Semua itu perlu diseimbangkan sebab itulah di aliran zaman yang semuanya pantas ini para ibubapa harus melengkapkan diri dengan berbagai ilmu dan kemahiran untuk mendidik anak.
Semoga para bapa semua dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya membentuk satu unit masyarakat yang positif dan bahagia. Ini hanya boleh dicapai dengan sokongan para ibu dan anak-anak juga.
Selamat Hari Bapa kepada semua para bapa.
TERKINI : Sajak Hari Bapa
Technorati Tags: nukilan, azhad, keluarga, hari bapa
Projek My List dari Malaysia untuk Malaysia telah tamat pada 31 Mei 2007 yang baru lalu. Berikut adalah senarai penuh mereka yang terlibat dalam projek ini.
Technorati Tags: nukilan, azhad, senarai, blogger, Malaysia, my list
Hari ini ialah penghujung kepada cuti sekolah selama dua minggu. Mereka yang belajar di sekolah berasrama hari ini akan mula kembali ke sekolah masing-masing. Mereka yang di sekolah harian mungkin sudah pun menyiapkan keperluan untuk pergi kelas esok. Bagi pemandu pula khususnya di bandar-bandar utama, esok akan kembalilah kesesakan lalulintas.
Cuti sekolah ini saya dapat mengisikannya dengan beberapa aktiviti bersama keluarga. Walaupun begitu ada juga beberapa perkara yang dirancang semasa cuti ini tidak dapat dilakukan samada kerana bertindih masa atau keadaan tidak mengizinkan. Saya tidak dapat menolong adik saya yang berpindah ke rumah baru di Semenyih kerana demam, maaf ye. Undangan kenduri seorang sahabat di Kajang juga tidak dapat dipenuhi kerana pada waktu yang sama kami sekeluarga berada di kampung.
Sebenarnya bagi mereka yang mempunyai anak, masa cuti sekolah inilah kita berpeluang untuk meluangkan lebih masa dengan mereka. Tidak kira samada mereka, belum bersekolah, masih bersekolah atau tidak lagi bersekolah. Masa yang diluangkan secara berkualiti ini pasti memberi kesan yang baik kepada diri anak-anak.
Ramai yang mengatakan semakin dewasa anak semakin renggang hubungan dengan ibubapa. Begitu juga dengan anak-anak bila semakin dewasa mereka semakin menjauhkan diri dari ibubapa. Memang biasa kita mendengar jawapan anak tidak dibawa bersama kerana mereka tidak mahu mengikut terutama apabila menziarahi kaum keluarga. Anak-anak sebenarnya secara amnya boleh dibahagikan kepada 3 peringkat. Jika ibubapa bijak melaksanakan peranan disetiap peringkat, insyaAllah akan sentiasa seronok dan suka bersama-sama keluarga.
Peringkat pertama adalah ketika anak dikandung sehingga berumur 5-6 tahun. Ketika ini anak adalah raja dan seboleh-boleh kita cuba memenuhi segala kehendak dirinya. Peringkat kedua pula ialah tawanan perang iaitu apabila anak mula masuk sekolah sehingga berumur 11-12 tahun. Ketika ini segala jenis peraturan dan panduan hendaklah diwajibkan kepada anak bagi membentuk displin dan tabiat anak. Jika peraturan atau panduan ini tidak dipatuhi hukuman mesti dikenakan. Peringkat ketiga dan terakhir ialah kawan apabila anak mencapai umur akil baligh dan ke atas. Pada masa ini anak hendaklah dilayan seperti kawan dan kita perlu banyak bertolak ansur serta selalu berbincang dengan anak.
Semoga setiap cuti sekolah akan dapat dimanfaatkan dengan baik bersama keluarga. Masa akan terus beredar dan umur semakin meningkat. Kita tidak tahu berapa lama kita dapat meluangkan masa dengan keluarga di masa akan datang. Ibubapa luangkanlah masa untuk anak-anak manakala anak-anak janganlah menjauhkan diri dari keluarga.
Technorati Tags: nukilan, azhad, cuti, sekolah, keluarga
Akademi Al-Quran musim kedua telah pun bermula semenjak 24 Mei 2007 di TV9 secara langsung pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam. Pengacara pada musim ini adalah Farrah Adeeba dan Abu Talib Husin yang menggantikan Nazrey Johani (Raihan). Seramai 16 peserta telah terpilih dan mereka akan bersaing untuk merebut 6 tempat di peringkat akhir.
Juara menerima hadiah bernilai RM50,000
Sementara itu panel juri Akademi Al-Quran 2 ini pula terdiri daripada Zamri Mohd. Zainuddin selaku juri tajwid, Nazri Abdullah juri qiraat dan Radzi Kamarul Hailan pula dari segi taranum dan lagu. Markah yang diberi oleh mereka ini akan menentukan samada peserta akan terus kekal dalam Akademi atau digugurkan.
Seramai lebih 600 orang telah hadir di sessi uji bakat yang telah diadakan di 11 lokasi di seluruh negara. Hadiah untuk juara Akademi Al-Quran 2 ini secara keseluruhannya bernilai RM50,000 termasuk wang tunai berjumlah RM30,000.
Akademi al-Quran 2 peringkat akhir akan diadakan pada 18 Julai 2007.
Technorati : akademi al quran, azhad, nukilan, tv realiti, tv9
Majalah Forbes Asia yang terbaru ini telah mengeluarkan senarai 40 ahli perniagaan terkaya di Malaysia yang secara keseluruhannya dinilai USD 26 billion. Apa yang menariknya 9 orang yang teratas memiliki 82% daripada jumlah ini dan 12 yang terbawah pula hanya bernilai kurang daripada USD 100 juta setiap seorang.
Terkini :
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2008.
~ Senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2009.
Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2007;
- Robert Kuok USD 5.6 billion
83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.
Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group - Ananda Krishnan USD 4.6 billion
68 tahun, bercerai, 3 orang anak.
Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad. - Teh Hong Piow USD 2.1 billion
76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Public Bank. - Lee Shin Cheng USD 2.05 billion
67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
IOI - Quek Leng Chan USD 2 billion
65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Hong Leong Group, Guoco Group. - Lim Goh Tong USD 1.5 billion
88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.
Genting Groups. - Yeoh Tiong Lay USD 1.1 billion
76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.
YTL Corporation. - Tiong Hiew King USD 1.05 billion
70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises. - Syed Mokhtar AlBukhary USD 1 billion
54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
Malaysia Mining Corporation(MMC) - Lim Kok Thay USD 440 juta
54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)
Genting Group, Star Cruises. - Azman Hashim USD 405 juta
66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.
AM Group, Ambank. - Vincent Tan USD 355 juta
54 tahun, berkahwin.
Berjaya Group. - Kua Sian Kooi USD 285 juta
54 tahun.
Kurnia Asia. - Lim Wee Chai USD 210 juta
48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Top Glove. - Anthony Fernandes USD 205 juta
42 tahun, berkahwin.
AirAsia. - Vinod Sekhar USD 200 juta
37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.
Petra Group. - G. Gnanalingam USD 170 juta.
62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24) - Kamarudin Meranun USD 165 juta
45 tahun, berkahwin.
Executive Director (Corporate Finance) AirAsia. - Chong Chook Yew USD 145 juta.
84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang anak.
Selangor Properties - Hamdan Mohamad USD 140 juta.
50 tahun.
Ranhill Group. - Jeffrey Cheah USD 125 juta.
Sunway Group. - Mustapha Kamal Abu Bakar USD 120 juta.
57 tahun.
MK Land. - Abdul Hamid Sepawi USD 120 juta.
56 tahun.
Ta Ann, Naim Cendera - Ahmadayuddin Ahmad USD 115 juta.
50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.
Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17) - Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir USD 110 juta.
59 tahun.
Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank. - Lee Hau Hian USD 100 juta
53 tahun. - Lee Oi Hian USD 100 juta
55 tahun, berkahwin, 4 orang anak. - Lee Soon Hian USD 100 juta
49 tahun.
Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn. - Tiah Thee Kian USD 95 juta.
58 tahun, berkahwin.
TA Enterprise - Tan Teong Hean USD 95 juta.
63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.
Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank. - Lim Thian Kiat USD 95 juta.
47 tahun.
Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings. - Yaw Teck Seng USD 90 juta.
68 tahun.
Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations. - Lim Tong Yong USD 85 juta.
56 tahun.
Bekas Ketua Executive Pantai Group. - John Chia USD 80 juta.
57 tahun.
Unisem - Rozali Ismail USD 80 juta.
50 tahun.
Puncak Niaga. - Ong Leong Huat USD 75 juta.
62 tahun.
OSK Group. - Lau Cho Kun USD 75 juta.
Malaysian Mosaics. - William Cheng USD 70 juta.
63 tahun.
Lion Group - Shaari Ismail USD 70 juta
51 tahun.
Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no.35). - Kasi K.L. Palaniapan USD 65 juta
48 tahun.
MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)
Sila lihat senarai terbaru 40 Terkaya Di Malaysia 2008.
Technorati Tags: nukilan, azhad, forbes asia, terkaya, millionaire, billionaire, jutawan, malaysia
Google sekarang sedang mencari mereka yang berminat untuk membantu meningkatkan barangan Google yang sedia ada dan yang masih dalam peringkat pembangunan. Di antaranya menjadi penguji ciri-ciri baru Blogger yang sedang mereka usahakan. Mereka yang telah mendaftar akan dihubungi dari masa ke semasa apabila maklum balas mereka diperlukan.
Google akan membayar secara amnya USD 75.00 untuk setiap jam masa yang digunakan untuk melakukan kajian atau soal selidik tersebut dan juga bergantung kepada jenis ujian dan kajian yang dilakukan. Terdapat 4 jenis kajian yang boleh dipilih semasa mendaftar iaitu;
- Datang sendiri ke pejabat Google di California, Amerika Syarikat atau di mana-mana pejabat Google seluruh dunia.
- Secara jarak jauh di mana penyelidik Google akan menelefon dan menemubual kita semasa kita mencuba dan menguji sesuatu ciri atau barangan itu melalui internet.
- Secara kajian luar di mana penyelidik Google dari pejabat yang berdekatan akan datang sendiri berjumpa dengan kita untuk ditemubual.
- Secara soal-selidik di mana kita menjawab beberapa soalan melalui laman web atau emel.
Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar walaupun anda tidak pernah menggunakan mana-mana perkhidmatan Google. Walaupun begitu memandangkan di Malaysia tiada pejabat Google kita hanya boleh memilih no.2 dan no.4 sahaja.
Sila pergi ke ruangan FAQ untuk mendapat maklumat lanjut atau terus saja mendaftar.
Technorati : azhad, blogger, google, nukilan, test
Laman blog iwebis telah melancarkan BlogCatalog Mass Buzz Experiment baru-baru ini. Percubaan ini ialah untuk mendapatkan seramai mungkin blogger untuk menulis tentang BlogCatalog pada 14 Mei yang baru lalu. Hasilnya seramai 54 laman blog telah bercerita berkenaan BlogCatalog pada hari tersebut.
Menurut Daniel dari BlogCatalog pada hari Isnin itu jumlah kunjungan telah meningkat sebanyak 25% berbanding dengan minggu sebelumnya. Begitu juga dengan pendaftaran pengguna baru telah meningkat hampir 25%.
Monawea dari iwebis sebenarnya memang mengharapkan percubaan ini akan dapat membantu lebih ramai mengetahui tentang BlogCatalog di samping membantu meningkatkan jumlah pengunjung kepada mereka terlibat dalam percubaan ini.
Berikut adalah senarai mereka yang telah ikut serta dalam percubaan ini;
- iwebis - BlogCatalog Mass Buzz Experiment
- Pilates & Reiki In Paradise Blog - Why I Love BlogCatalog
- That Dress is Divine! - BlogCatalog Mass Buzz
- Blog-Blonde - BlogCatalog Community Mass Buzz
- My Life and My Views - Do you also love BlogCatalog?
- Geeky House Wife - BlogCatalog Mass Buzz
- Franzone.com - 5 Reasons I Love BlogCatalog
- RATPage Entertainment Plus -BlogCatalog is My Favorite Social Network for Bloggers
- RK Web Blog - BlogCatalog: The Power Users Social Network For Bloggers
- RK Web Portal - Social Networking For Bloggers at BlogCatalog
- The NHL Arena Program: The virtues of BlogCatalog
- One Day At a Time - The BlogCatalog Community Mass Buzz
- Nukilan Jejari Azhad - BlogCatalog
- Bryan's Blog Personal Finance - Let's Hang Out
- Slurping Life - The BlogCatalog Buzz
- I am Who I am: BlogCatalog
- Journalist und Optimist - BlogCatalog Massenposting-Experiment
- Joezul - BlogCatalog: The best blog community!
- 7 Confessions: BlogCatalog Community Mass Buzz
- Nusuni - Why I Like BlogCatalog
- Make Money Online - BlogCatalog
- Success University -Team Sand - http://sand-success-university.blogspot.com/2007/05/get-yourself-listed-blogcatalog.html
- Mom-azing Kreations Blog - The BlogCatalog Buzz!
- Master The Web - BlogCatalog Social Networking Strategy
- the beginning - Social Networking BlogCatalog Buzz Experiment
- Epic Web Strategies - Are you using BlogCatalog?
- Data Minor Advantag - Meet Me at BlogCatalog
- Mrs. Mo's New Jersey - BlogCatalog Mass Buzz
- blog memories - Você conhece o Blogcatalog?
- Creative Writer US - BlogCatalog Mass Buzz - cyber-experiment for bloggers
- WAHMedia Blogzine - BlogCatalog is a Must Have Networking Tool
- "To Russia" Blog - BlogCatalog
- Writer's Piece - Getting Yourself Listed at BlogCatalog
- cymru66 - The Power of the BlogCatalog Buzz
- blog.gkaindl.com - BlogCatalog Community Buzz
- The SOHO Quest - BlogCatalog Community Mass Buzz
- Blog Op - BlogCatalog- Are You In?
- Keith D Commiskey Et Al. - BlogCatalog: Become a Neighbor , Become a Friend
- Free Affiliate Marketing and Online Promotion Tips - Are You Using BlogCatalog?
- The SEM Zone - The Great BlogCatalog Buzz Experiment
- The BenSpark - BlogCatalog, See it there on the right…
- RennyBA's Terella - BlogCatalog Buzz Experiment
- MomReviews - Are You Using BlogCatalog?
- New 2 Blog - Social Networking- BlogCatalog
- My Melange - Choose BlogCatalog
- Blue Beaver Beer -BlogCatalog Community Mass Buzz
- Neonscent.com - BlogCatalog: The New Fire
- WengOnline - Viral Marketing and BlogCatalog
- Save. Save. Save. - BlogCatalog Mass Buzz
- www.tammiebeagle.com - BlogCatalog Rocks!
- Untwisted Vortex - BlogCatalog Community Mass Buzz
- Crisis and Management - BlogCatalog Buzzing
- and the Moral of the Story is.. - Moral #10
- Online Business Blog - The BlogCatalog Mass Buzz Experiment
- Time To Budget - BlogCatalog Mass Buzz Experiment
Technorati : azhad, blogcatalog, experiment, nukilan
Saya sudah lama meninggalkan alam persekolahan tetapi setiap kali tiba 16 Mei pasti terbayang suasana semasa sekolah dahulu. Bagi saya zaman persekolahan merupakan satu lipatan peristiwa yang tidak akan dilupakan. Di sekolah ada murid dan di situ juga ada guru, menimba pengetahuan dan menambur ilmu.
Saya rasa kesemua kita pasti mempunyai guru kerana kita semua melalui proses pendidikan dari kecil sehinggalah dewasa. Walaupun begitu sedarkah kita siapakah guru yang terawal kepada kita semua? Sudah pasti guru pertama kita ialah ibubapa kita sendiri yang membantu kita untuk mengenal dunia ini. Apabila kita melangkah ke alam persekolahan, ibubapa akan terus menjadi guru kita di samping cikgu-cikgu di sekolah.
Kaum keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat juga adalah guru-guru kita yang tidak formal. Perangai dan tingkahlaku kita sebenarnya banyak diperahui oleh mereka yang disekeliling kita. Manakala secara formal sudah tentu guru-guru di sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka inilah yang memenuhkan dada dan fikiran kita dengan ilmu pengetahuan.
Dedikasi dan kesungguhan semua guru ini untuk mendidik dan membimbing kita memang patut dihargai. Tanpa mereka siapakah kita hari ini. Terima kasih cikgu!! Jelaslah apa yang digambarkan oleh sajak Sasterawan Negara Dato' Usman Awang - Guru Oh Guru
Baca juga Sajak Hari Guru dan Guru Kita.
Technorati : azhad, cikgu, hari guru, nukilan
SMART adalah singkatan kepada Stormwater Management And Road Tunnel dan ianya telah mula dibuka kepada umum pada 14 Mac 2007. Pembinaan projek SMART Tunnel ini telah bermula pada tahun 2003 dengan kos sebanyak RM1.93 billion untuk menyiapkannya. SMART Tunnel ini juga merupakan terowong pertama di dunia dilengkapi dengan laluan kenderaan dan saluran air.
SMART Tunnel yang bergarispusat 13.26 m ini merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan kedua terbesar di Asia. Terowong ini mempunyai dua tingkat laluan kenderaan dan 1 tingkat saluran air. Walaupun begitu saluran air itu dijangka akan hanya digunakan sebanyak 8 hingga 10 kali setahun. Manakala laluan kenderaan pula akan ditutup dan dijadikan saluran air sebanyak 3 hingga 5 tahun sekali sahaja.
Panjang keseluruhan SMART Tunnel ini adalah 11.5 km termasuk 3 km terowong kenderaan 2 tingkat dan 9.7 km saluran air. Ini merupakan projek terowong yang terpanjang di Malaysia. Satu kolam tadahan di Kampung Berembang, Jalan Ampang dan satu kolam simpanan air di Taman Desa telah disediakan bagi melengkapkan sistem pengawalan banjir ini.
Tiga jalan keluar masuk ke terowong kenderaan telah dibina iaitu di Jalan Tun Razak berhampiran bulatan Kampung Pandan, di Jalan Davis berhampiran Berjaya Times Square dan di Lebuhraya KL-Seremban bersebelahan TUDM Sungai Besi. SMART Tunnel ini telah direkabentuk dan dibina oleh usahasama 2 syarikat iaitu Malaysian Mining Corporation Bhd dan Gamuda Bhd.
Tol akan mula dikenakan mulai 15 Jun 2007 tetapi kadarnya belum ditetapkan lagi.
Terkini 11 Jun 2007 :
Kerajaan telah menetapkan kadar tol sebanyak RM 2.00 satu hala. Kadar ini akan dikaji semula dalam masa tiga tahun.
Technorati : azhad, malaysia, nukilan, smart tunnel
Ketika ini ramai yang mengunakan MyBlogLog yang menghubungkan antara blog di internet. Penggunaan MyBlogLog ini juga telah membantu meningkatkan jumlah pengunjung ke blog ini. Sebenarnya ada satu lagi perkhidmatan social networking yang mula mendapat perhatian iatu BlogCatalog.
Di BlogCatalog terdapat dua bahagian utama untuk pengguna berdaftar iaitu Blog Detail dan Profile. Di antara ciri BlogCatalog yang menarik pula adalah kemudahan direktori dan perbincangan. Kemudahan direktori ini membolehkan kita mencari atau sekadar melihat blog yang berdaftar melalui 48 kategori blog. Di samping itu kita juga boleh melihat blog yang diasingkan berdasarkan negara, bahasa dan nama pengguna. Ketika ini terdapat 841 blog berdaftar dari Malaysia.
Manakala satu lagi ciri iaitu kemudahan perbincangan membolehkan penguna berdaftar memulakan perbincangan atau ikut serta dalam perbincangan yang telah dimulakan. Senarai perbincangan dipaparkan di satu mukasurat dan setiap satu perbincangan mempunyai mukasuratnya yang tersendiri. Senarai perbincangan ini boleh dilihat berdasarkan 5 kategori dan boleh juga disenarai pendek mengikut 5 jenis tapisan.
Sila pergi ke BlogCatalog untuk menjadi ahli atau mengetahui lebih lanjut tentang kemudahan yang disediakan. Sementara itu satu BlogCatalog Community Mass Buzz telah dimulakan oleh iwebis.
Technorati : azhad, blogcatalog, mybloglog, nukilan
Di Malaysia dan sebahagian besar negara lain pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun diadakan sambutan Hari Ibu. Pada hari ini anak-anak akan meraikan ibu mereka dengan berbagai cara. Tidak kiralah apa yang anda lakukan untuk ibu anda hari ini walaupun sekadar ucapan ringkas pasti menggembirakan ibu anda.
Walaupun begitu perlulah diingat bahawa menghargai ibu bukanlah cukup setakat satu hari sahaja. Sebagai umat Islam kita wajib mentaati dan menghormati ibubapa kita pada setiap masa. Ini boleh dilihat pada Firman Allah, bermaksud: "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya" (Surah al Ankabut, ayat 8).
Ini diperkuatkan lagi dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana dalam sebuah riwayat seorang lelaki datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya, "Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?" Jawab baginda, "Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
Walau di mana atau siapa pun kita ingatan kepada ibu perlulah sentiasa segar dalam ingatan, tidak kiralah samada mereka masih bersama kita atau sudah tiada. Fikirkanlah, kita berada dalam perut ibu selama 9 bulan dan ibu bertarung nyawa semasa melahirkan kita. Jadi layanlah mereka sebaik mungkin, temanilah mereka sekerap yang boleh dan hargai jasa mereka sepanjang masa. Sentiasalah kita mendoakan ibu kita lebih-lebih lagi jika ibu kita sudah meninggal dunia.
Terkini : Sajak Untuk Ibu
Technorati : azhad, hari ibu, nukilan, sambutan
Joost merupakan sebuah projek yang bermatlamat untuk melakukan satu revolusi dalam bagaimana tv akan ditonton. Joost mampu memberikan tontonan yang berkualiti tinggi dan paparan sepenuh skrin dengan menggunakan komputer peribadi anda.Apabila digabungkan dengan internet, tontonan tv dengan Joost ini mampu memberi satu pengalaman baru dengan fungsi interaktif dan komuniti.
Ketika ini Joost masih dalam peringkat beta dan hanya mereka yang dijemput sahaja boleh mendaftar dan menggunakannya. Jemputan hanya boleh diperolehi daripada pengguna berdaftar sahaja.
Walaubagaimanapun kini Joost telah bekerjasama dengan GigaOm dan NewTeeVee menjemput sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi pengalaman generasi baru televisyen. Oleh itu jika anda ingin menjadi salah seorang penguji beta program ini sila klik "I've got invites".
Technorati Tags: nukilan, azhad, joost, invites, tv
Semenjak projek ini bermula kira-kira sebulan yang lalu di blog DoshDosh sebahagian daripada mereka yang terlibat diperingkat awal telah berjaya menembusi carta Top 100 Favorited Blog. Semasa ulasan ini ditulis untuk berada di tangga ke 100 memerlukan sekurang-kurangnya 198 orang ahli yang memilih blog anda sebagai favorite. DoshDosh setakat ini berada di tangga no.8 dengan 757 ahli meletakkan blog tersebut sebagai favorite.
Saya juga telah menyertai projek ini dan setakat ini seramai 130 orang telah Technorati Favorites blog ini berbanding 6 orang sebelum itu.
Kepada yang belum mahupun yang telah telah menyertai projek ini anda sebenarnya mempunyai beberapa pilihan. Anda boleh menyertai salah satu daripadanya, beberapa sahaja atau kesemua yang disenaraikan di bawah;
- Technorati Favorites Exchange di DoshDosh
- Share the Power of Technorati Faves oleh Gary Lee
- Technorati Favorites oleh Andy Beard
- Technorati Most Faved List oleh Garry Conn
- Favorite Me oleh Nick Halstead
- Favorite People Who Favorite You di EngTech
Mula-mula anda perlu Technorati Favorites DoshDosh dan DoshDosh akan Technorati Favorites blog anda pula. Anda juga boleh menulis tentang projek ini di blog anda dan maklumkan kepada DoshDosh. Blog anda akan disenaraikan sebagai blog yang mengambil bahagian dalam projek ini.
Di sini satu senarai telah dimulakan oleh Gary Lee dan sesiapa yang ingin menyertai projek ini perlu Technorati Favorites semua yang terdapat dalam senarai tersebut. Anda perlu menulis berkenaan projek ini di blog anda dan pamerkan senarai yang sama selepas ianya dikemaskinikan dengan memasukkan blog anda sendiri.
Di sini Andy menunjukkan cara bagaimana anda boleh Technorati Favorites beberapa blog serentak tanpa perlu melakukannya satu persatu untuk setiap blog yang telah Technorati Favorites anda.
Garry pula melaksanakan satu sistem yang tidak memerlukan kita pergi ke blog lain untuk menyertai projek ini. Anda cuma perlu Technorati Favorites semua yang ada di senarai beliau dan kemudian melanggan maklumbalas komen beliau. Selepas itu jika ada blog baru menyertai projek ini anda akan dimaklumkan dan anda boleh terus Technorati Favorites mereka pula.
Satu program telah dibuat oleh engtech untuk memudahkan proses Technorati Favorites. Program ini akan berhubung dengan perkhidmatan Technorati.com, mencari mereka yang telah Technorati Favorites blog anda dan secara automatik Technorati Favorites mereka semula.



























