Domain Advertlets.com telah tamat tempoh pendaftarannya tanpa diperbaharui oleh pihak pengurusan Advertlets. Akibatnya laman blog yang mempamerkan iklan dari Advertlets telah tidak dapat dikunjungi. Sebaliknya pengunjung laman blog yang berkenaan akan diarahkan ke laman web pemberitahuan domain tamat tempoh. Ini telah berlaku bermula dari awal pagi 6 Januari 2008.
.. jejas keyakinan ..
Ketika artikel ini ditulis, laman web Advertlets masih belum pulih lagi tetapi domainnya telah diperbaharui sehingga 3 Januari 2010. Kelalaian tidak memperbaharuinya sebelum tempohnya tamat pasti memberi kesan kepada tahap keyakinan dan kepercayaan para pengiklan dan blogger. Tambahan pula sekarang terdapat 3 lagi perniagaan yang menawarkan khidmat pengiklanan di rantau ini iaitu Nuffnang, Nufflets dan GrabMyAds.Josh Lim pasti sudah bersedia dengan penjelasan tentang apa yang telah terjadi. Namun begitu nama Advertlets telah pun terjejas dan Advertlets mesti berusaha untuk mendapatkan kembali keyakinan mereka yang terbabit. Ini juga menjadi satu pengajaran kepada mereka yang mempunyai domain sendiri agar tidak terlepas mempebaharui tempoh sah domain masing-masing.
Terkini : Laman web dan iklan Advertlets telah pulih seperti sediakala. Pihak Advertlets juga telah memohon maaf di atas apa yang telah terjadi dan mengakui kesalahan mereka. Satu formula pampasan juga disebut akan dibayar kepada blogger yang terbabit. Kenyataan Josh Lim boleh dibaca di Advertlets.com : We're sorry.
Technorati Tags: nukilan, azhad, domain, advertlets
Haa haa..
Advertlets bukan COMPANY tapi perniagaan... check lah di SSM.
azrin @ www.kedai.tv
Betul jugak tu, dah diperbetulkan, thanks....
The management of the Advertlets should take responsibility for this.
website