Tahun 2007 telah pun berlalu dengan berbagai peristiwa suka duka di seluruh dunia. Selain perkara yang mendapat perhatian seluruh negara, setiap kita pasti mempunyai peristiwa penting bagi diri kita. Mungkin ianya tidak memberi sebarang makna kepada orang lain tetapi ianya amat bererti dalam hidup kita. Tidak kira samada sedih atau gembira setiap kejadian itu akan menambahkan pengalaman dan kematangan diri kita.

Tidak dinafikan pada tahun 2007 terdapat banyak peristiwa yang mendukacitakan. Walaupun begitu diharap kejadian-kejadian tersebut telah membuka mata mereka yang bertanggungjawab untuk menghindarkannya daripada berulang dan membaiki kekurangan yang ada. Orang ramai juga boleh memainkan peranannya, sebagai contoh usaha yang dilakukan oleh beberapa pihak yang perihatin untuk mewujudjan Nurin Alert.

Di antara peristiwa yang mendapat perhatian umum di tahun 2007 adalah seperti berikut;

  • Nahas Helikopter Nuri - Seramai enam orang pegawai dan anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah terkorban apabila sebuah helikopter Nuri milik TUDM terhempas di Gunung Bunga Buah, Karak berhampiran Hutan Genting Sempah, Pahang.
  • Nahas Bas Ekspress - Seramai 22 orang maut dalam nahas bas ekpress Super Express milik SKBG di kilometer 229 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Gantang, Taiping, Perak.
  • Korban LIMA'07 - Seramai 3 orang anggota tentera maut dan 11 orang lagi cedera apabila terjunan mereka tersasar ketika menjalani latihan untuk pertunjukan Pameran Antarabangsa Udara dan Maritim Langkawi 2007 di Langkawi.
  • Angkasawan Negara - Dr Sheikh Muszaphar Shukur Sheikh Mustapha telah menjadi rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa apabila beliau berjaya sampai di Stesen Angkasa Antarabangsa dengan menaiki Soyuz 15-S.
  • 50 Tahun Merdeka - Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50 pada 31 Ogos dengan tema Malaysiaku Gemilang.
  • Eric Chia Bebas - Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah RM76.4 juta tanpa dipanggil membela diri.
  • Muhammad Nazrin @ Yin - Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ini telah hilang semasa membeli belah di Kompleks Membeli Belah Sogo bersama ibubapanya dan dijumpai semula selepas 15 hari.
  • Nurin Jazlin Jazimin - Kanak-kanak berumur 8 tahun ini telah hilang semasa pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya. Mayatnya telah dijumpai di dalam sebuah beg sukan dan didapati telah mengalami penderaan seks.
  • Preeshena Varshiny - Kanak-kanak 9 tahun ini telah dirogol dan kemudiannya dicampak dari rumahnya di Kondominium Casamila Tower, Batu Caves.
  • Banjir - Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu telah dilanda banjir walaupun begitu kali ini semua pihak lebih bersedia menghadapinya berbanding tahun sebelumnya.
  • Feri Terbakar - Seramai 7 orang penumpang feri Seagull Express yang dalam perjalanan bersama 100 orang penumpang dari Mersing ke Pulau Tioman telah maut apabila feri yang mereka menaiki terbakar di tengah laut.
Jadikan setiap peristiwa yang telah dilalui sepanjang tahun lalu sebagai panduan dan ikhtibar untuk kita membaiki kelemahan dan kekurangan diri kita serta memantapkan kelebihan dan kekuatan yang ada. Semoga tahun 2008 ini akan lebih baik daripada tahun 2007, insyaAllah.

Technorati Tags: , , , , ,

AddThis Social Bookmark Button
Posted by Azhad 3.1.08

1 Responses to Imbasan Peristiwa 2007

  1. Angel17 Says:
  2. I agree with this every event in our life whether is it sad or happy makes a lot to me. Especially when you are surrounded by your loved ones. www.waketreeremoval.com

     

Post a Comment

Subscribe here